31 January 2013

Udang Bersalut Sos Supreme

Udang Bersalut Sos Supreme
by Azam Rasid


Assalamualaikum semua! Hai! Bertemu lagi kita dlm blog OHSEMWOK yang mana menjanjikan sajian setiap hari selama 365 hari pada tahun 2013 ini! Pastinya anda tidak mahu ketinggalan utk menyalin resipi-resipi ohsem tak terhingga dari kami kan? Jadi, tunggu apa lagi, switch on printer kaler anda, dan mula mencetak resepi ini!

Ok dah melalut lagi pagi2 ni kan.. haaa... Mesti korang masih lagi ragu-ragu dgn OHSEMWOK ni kan? Macam mana jantan-jantan yang dah berkahwin ni boleh masak menu-menu gasak tahap ibu anda di kampung ataupun di bandar kinrara? - - - - "Don't judge a book by it cover" - - - - hehehehe!

Menu hari ni... selepas pegi pasar depan rumah tadi... jumpa laa udang gemuk2 yang sangat lazat ikan barramundi tgk kalau buat umpan mancing... so pe lagi.. kasi sauk la sekilo dua...

jadinya, tetiba terfikir lah menu terhebat lagi untuk hari ke 31 pada tahun ini.. "Udang Bersalut Sos Supreme" ! (ok gempak kan?)


Bahan-bahan yang digunakan:
- Udang gemuk (terpulang nak brapa ekor, aku makan sorang je 5-6 ekor cukup dah)
- Bawang merah dicincang
- Bawang putih dicincang
- Cili merah dihiris
- Cendawan tiram (kalau suka banyak, boh la banyak mane pun.. atau nak tukar ngan sayur lain pun boley)
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Pati ayam pekat
- Tepung goreng serbaguna (salut udang sikit bg garing)
- Tepung jagung (utk kuah pekat)



Ok, utk memulakan memasak.. korang panaskan dulu minyak... then udang tadi digembar-gemburkan dalam tepung goreng serbaguna tadi... tgk gambar dibawah... Putih gebu kan..? haaa...



Kemudian sila goreng udang tadi hingga garing ikut tahap kegaringan yang anda suka ya..!


Nak buat sos supreme pulak (ok lupa nak snap gambar..), senang je.. panaskan sikit minyak dalam kuali.. kemudian goreng bawang putih dan bawang merah hingga naik bau... pastu masukkan pati ayam pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, hirisan cili dan cendawan tiram... masukkan sikit air... masak lebih kurang 3-4 minit...
Pastu bancuh tepung jagung tadi dgn air sejuk... agak2 setengah cawan je.. then tuang kedalam sos tadi... masak 3-4 minit lagik... siap. padam api.


Kemudian tuang sos supreme tadi diatas udang yg garing tu... tadaa!! Enak dimakan sahaja ataupun dengan nasik putih... :-) Konfem hingga menjilat pinggan! Konfem!

Okay selamat mencuba!

Azam Rasid






30 January 2013

LELE KENCUR

Lele Kencur ( Masak Lemak Cekur Ikan Keli )
by : Adi Nang


Kabere kang.. 

today is recipe from jawa.. lets talk jawa. hahahaha.. Masak Lele Kencur ni adalah masakan tradisi family adi. Dalam Bahasa Melayu nya kita boleh sebut, ikan keli masak lemak cekur. Haa.. senang sikit nak faham kan? Kaedah memasaknya lebih kurang macam masak lemak cili api tapi dalam resepi ni kita tak guna langsung kunyit, tapi kita tukarkan kepada cekur. tau tak apa itu cekur? or kencur? well.. benda yang sama jer.. biasanya cekur digunakan dalam membuat kuah pecal. Aroma cekur ni memang lah sangat marvelous. silap haribulan memang boleh terlioq.

here.. presenting... Lele Kencur ( berikan tepukan) ;p


OK, Resepinya mudah saja. mula mula kita perlukan ikan keli, or jawanese speak, iwak lele. saya gunakan dalam 5 ekor ikan keli. sesuai untuk seisi family.


Apa lagi? jom kita kedapur. dan sila patuhi langkah langkah berikut untuk menghasilkan ikan keli masak lemak cekur ini dengan jayanya..


LELE KENCUR

Step 01 - Penyediaan Bahan bahan :

- Ikan Keli 5 Ekor
- Cekur ( dalam 6-7 biji gitu )
- Cili padi ( ikot suka korang )
- Bawang putih ( 2 biji )
- bawang putih (3 ulas )
- Santan kelapa
- sedikit hirisan daun cekur (dihiris)
- Serai sebatang (diketuk)




Step 02 - Goreng Ikan Keli tersebut sehingga garing / boleh jugak di bakar or disalai.. lagi sedak bohh.. memang lagi menarik kalau ikan keli ni dibakar. sekian. saya malas, lalu saya goreng sahaja. terpulang pada citarasa individu.


Step 03 - masukkan semua bahan bahan tadi kecuali santan, serai dan ikan keli dalam lesung batu. dan kita tumbuk semua bahan tersebut sehingga lumat. Masa ni kalau korang rasa menyampah dengan seseorang, opismate ke, bekas kekasih ke, bekas kek ke, or husband anda sendiri ke or nenek tiri jiran anda ke.. time ni lah gunakan kesempatan. anggap sahaja muka orang yg anda menyampah tu didalam lesung batu tu.. tumbuk tumbuk dia sehingga lumat.

Haa.. rasa lega sikit kan? tu lah pasal.. memasak ni pon boleh menghilangkan stress tau. ok, tumbuk jer, jangan memain. ;-) jangan lupa remove kulit cekur tu dulu sebelum guna.. ok, satu tips berguna, lagi tua cekur tu lagi sedap lah aroma masakan ni.


ok? dah tumbuk dan dah rasa lega sikit kan? hebat lah korang.. siap ada buat aksi ong-bak lagi masa menumbuk tu.. terpulanglah, asalkan ianya lumat.  so.. mari kita ke langkah seterusnya...


Step 04 - Masukkan bahan hasil tumbukan kungpow anda or tumbukan padu maut anda kedalam periuk masakan. masukkan semuanya, lesung batu jangan dimasukkan sekali.. biarkan ianya diluar periuk, pegi basuh jer.. then masukkan santan.

Dan masa ni boleh jugak masukkan sebatang serai yang diketuk kedalam masakan. dah lah menumbuk tadi kan? ni pulak ketuk.. adoiii.. memang hilang stress lah memasak menu ni. ;-) Soo.. jgn emosi emosi lagi yeh kaknon kaknon and diknonss semua. teruskan je memasak.


Step 05 - Masak semua campuran sehingga mendidih.. biarkan periuk anda mendidih, tapi hati korang kool. jangan hati korang jugak mendidih sudah lah.. And, last but not least.. masukkan hirisan daun cekur kedalam masakan daun daun yg muda yeh, ambik part pucuk cekur tu bagus, kalau takda pon takpa, hukumnya hanya sunat sahaja, bukan wajib...


Step 06 - Final step.. kuah dah masak.. ikan dah digoreng/dibakar.. then tuangkan kuah keatas ikan keli tersebut.. siap untuk dihidang.


Done. mudah bukan? so boleh lah mencuba dan share resepi ni dengan kawan kawan.. Menu ni memang antara kegemaran adi jugak ni. well.. orang jawa lah katakan. tapi tu lah sedihnya.. walaupun saya orang jawa, tapi masih kurang fasih berbahasa jawa.. ruginya lah. faham apa orang cakap, tapi tak pandai nak cakap balik dalam bahasa jawa.

Resepi ni memang turun temurun adi belajar dari Arwah emak adi tapi telah di improvise oleh mama adi pulak. hasilnya tetap menarik dan lazat. apepon, sangat berbaloi untuk mencuba. sedap sehingga menjilat siku.


sehingga bertemu lagi dilain hari dan menu yang berlainan. Doakan misi kami ni berjaya yeh. Ohsemwok - 365 day with 365 ohsem recipies. Share if u like. terima kasih semua pembaca.


ADINANG

29 January 2013

Teratai Layu di Tasik Tauhu

Teratai Layu di Tasik Tauhu
By:- Ishaq ali


Salam selasa...

wah lepaknya cuti hampir smggu tu..tak sempat g raya..ahaahha ok smlm sedara Subhi Karim kita up resepi mudah nak mampos..mcm masak megi je..ahahahaha kali ni aku up resepi mudah jugak...taktau tau la korang penah nampak ke tak benda ni..aku panggil tauhu pop org lain panggil apa aku taktau la..orait moh la kita terai..

bahan-bahan:-

- tauhu pop (kat pastik tu tulis tauhu bulat)
- mix vege
- daging kisar (ayam pun boleh)
- bawang putih (untuk menumis)
- telur



ini la tauhu pop tu..



bahan-bahannya..



bahan-bahannya..lupa plak nak letak telur..



potong silang kat tengah pastu terbalikkan..



bahan-bahan untuk di sumbat dalam tauhu pop..



dah siap yum-yum...




tekak melayu mesti nak cicah sos cili la..ahaha




cara nak masak isi tauhu:-

- gunting tauhu kat tengah pastu terbalikkan keluarkan isi tahu tgglkan kulit saja..
- panaskan sikit minyak dlm kuali..
- tumis bawang putih
- masukkan daging
- letak isi tauhu yg dikeluarkan tadi
- masukkan mix vege tu
- letak bahan perasa
- dah siap letak tepi pastu sejukkan jap..

cara nak isi tauhu:-

- letak telur dalam isi tauhu tadi
- kacau sampai sebati
- sumbat la dalam tahu yg di terbalikkan tadi
- then deep fried tauhu tadi
- goreng sampai kuning tp jgn lama sgt plak sbb isinya dah masak 

dah siap..jgn buat lawa sgt kang sayang nak makan plak..ahahahahaha



pasni aku nak buat air je plak...


28 January 2013

Cheesy Eggs with Tomato

Cheesy Eggs with Tomato (scrambled)
by: Subhi Karim, The Shooting Chef

Hi All,

Today’s dish gonna be very simple. Simple preparation and ingredients, you can have it during breakfast with your family. Your kids will love it! (ops, minus the chilli sauce, that's for me)


Ok here are the ingredients & steps :
1. Eggs
2. Cheese
3. Black pepper
4. Butter
5. Cherry tomatoes

Firstly, beat the eggs. Add in black pepper into the eggs. On a medium heat pan, put in butter till melt, then pour the eggs. Add in cheese. Scramble the eggs until it mix well. DON’T over cooked it. Done! Garnish the scrambled eggs with sliced tomatoes.. Serve!

Tips: I add in sausage and cheese to the whole dish. You can have it white bread too if you like..and coffee for a nice breakfast!

See you again!
Subhi Karim






27 January 2013

Oglio Olio Beef

Oglio Olio Beef
by Azam Rasid

Halo Halo Halo! Wa very sorry for the late haaa... Biasalah cuti-cuti umum ni...

Ok dipendekkan cerita, sebab dah lewat malam baru nak haplod... Masak pun cincai sket amik gambaq pakai henfon sebab kamera bateri habeh...

Malam ni kasi share satu resepi simple - Oglio Olio Beef.

Senang, cepat, kenyang.


Haa meh tgk apa bahan2 nya... :-)


Bahan-bahan masak.
- Spagetti Angel Hair (sebab yg ni cepat masak 2 minit je)
- Tomato cerry
- Mixed herb
- Daging batang pinang yg di grill/rebus sampai masak
- Serbuk lada hitam
- Olive Oil


Cara masak pulak.
- Rebus spagetti. Toskan airnya.
- Kemudian gaulkan olive oil, daging yg dah dimasak tadi, mixed herb, tomato cerry, serbuk lada hitam, dan garam secukup rasa, bersama-sama spagetti.
- Siap dan hidangkan panas-panas.

Mudah kan?

Selamat Mencuba!














26 January 2013

PASTA BAKE SOFEA JANE

Pasta Bake Sofea Jane
by : Adi Nang


Happy Sabtuday semua... selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Sesambil tengah fikir nak masak apa untuk tengahari ni, eloklah belek belek sikit resepi yang ada kat Ohsemwok ni. Harini sebab rindukan sangat dengan Sofea Jane maka terciptalah satu resepi olahan sendiri yang diberi nama Pasta Bake Sofea Jane. yesss... She is gorgeous, i know it. ;-)

Actually plan nak memasak Macaroni jer untuk hari ni, tiba tiba terilham idea untuk olah resepi kali ni dengan teknik membakar didalam oven. Mudah dan tak pening kepala. Dapur pon kurang bersepah.

So. macam mana dengan entry entry resepi dari ohsemwok? ada membantu tak didalam hidup seharian korang? hurmm.. kalau takda takpa, tak kecik hati pon. hahaha.. Menu kitorang simple simple jer.. untuk orang malas nak masak. Terima kasih kepada semua supporter yang menyokong dan menggemari belog kami ini, tanpa korang semua, kami mungkin dah giveup or dah terus bungkus belog ni. Apepon, Misi kami masih panjang. Teruskan menyokong kami yeh.


Untuk menu Adi kali ni agak mudah jugak kalau korang nak cuba. kita guna teknik Boiling-Fry-Bake jer. Mudah sangat. so, gambar diatas adalah beberapa bahan yang kita perlukan bagi menjayakan Sofea Jane ini. Its so balance with Juicy, Creamy and simply Delicious. Masa penyediaan lebih kurang 1 jam dan boleh buat sambil tengok drama Korea. Mudah kan bunyinya? haaa... cuba, jangan tak cuba. Suami anda pasti tertambat dengan anda nanti, silap silap lepas makan terus dia ajak pergi ke Habib Jewel. huhuhu.. OK, enough story mory pasal husband and wife sebab saya Duda. nanti terindu pulak zaman rumahtangga.. naya je. :p

Jom kita tengok apa nak buat...

PASTA BAKE SOFEA JANE

STEP 01 - Penyediaan bahan bahan

- Bawang Besar 1 biji ( dicincang halus)
- Bawang Putih 4 biji ( diketuk jer) nak cincang pon tak salah..
- Minced beef ( daging lembu kisar)
- Fresh Parsley
- 2 biji Telur
- Whipping Cream
- Tomato Cherry
- Makaroni
- Olive oil utk menumis
- salt & pepper to taste.
- Cheddar Cheese

STEP 02 -  Rebus Makaroni korang sehingga masak. masukkan sedikit garam dalam air rebusan. remember.. Dont over cook. tak sedap nanti texture makaroni tu. kita nak bakar dia nanti, bukan nak buat bubur makaroni yeh. harap maklum. dah masak, Toskan dan teruskan ke langkah seterusnya.

STEP 03 - Panaskan kuali dengan suhu sederhana dengan Olive oil utk menumis (agak agak boleh menumis dah lah.. jgn byk sangat) , masukkan bawang besar yg dicincang berserta dengan bawang putih tadi.. tumis sehingga harum semerbak bau bawang tu, kemudian masukkan daging kisar dan goreng sehingga daging separuh masak. seasoningkan ramuan tersebut ikot tekak korang. pandai pandai lah nak bagi sedap, ni base dia. saya gunakan salt & pepper jer and sedikit pati ayam. kemudian toskan dan asingkan bahan tersebut didalam  Al Magku kuk Wal Hayyun.



STEP 04 - Bahan yang ditumis tersebut dicampur degan Makaroni korang tadi dan dicampurkan juga dengan fresh parsley. cincang lah parsley tu terlebih dulu yeh.. tercekik kang suami korang makan. sila rujuk gambarajah diatas. ( campuran tumisan daging+ Parsley + Makaroni )
PASTIKAN TIADA LEBIHAN AIR DIDALAM ADUNAN. sebab kita nak ianya kering. sebab tu toskan betol betol.

STEP 05 - Masukkan adunan tersebut didalam Mangkuk pembakar. pilih yang bersesuaian yeh. saya punya mangkuk IKEA jer. yang tahan suhu panas oven.

Dalam masa yang sama prepare di mangkuk lain..  Pecahkan 2 biji telur, pukul slow slow guna garfu (itu pon nak kena ajar ke?) hahaha.. kemudian campurkan telur tersebut dengan wipping cream. kacau bagi sebati. Tomato Cherry potong dua dan susun seperti gambarajah dibawah.


Kemudian Tuangkan bancuhan telur dan wiping cream tersebut kedalam adunan yang akan dibakar itu.. Almost Done.

STEP 06 - Nanti dulu.. belom siap lagi.. sebelum dimasukkan kedalam Ketuhar, Taburkan Cheddar cheese parut diatas sebagai topping terakhir. dan rajinkan diri anda untuk tabur sedikit salt & pepper diatas cheese tersebut. sikit je. untuk texture.



STEP 07 - Preheat oven dulu ( 220 C / 425 F / Gas Mark 7 ) pilihlah mana korang familiar guna.. then masukkan dalam oven, Bake for about 15 minutes, until golden brown and bubbling.

STEP 08 - Tadaaaaaa.. it's DONE!!!
Serve when it still hot. untuk hiasan taburkan sedikit finely chopped parsley diatas Sofea Jane tersebut. siap dah.. Mudah kan?



Okey, dah siap menu simple untuk hari ini, kalau tekak orang melayu biasanya nak makan Menu ni dengan cili sos. terpulang lah. takda cili sos tak 1 Malaysia lah katako.. hahaha.. OK, have fun with your weekend. Sila cuba dan share resepi ini. Kalau sedap bagitau Kawan, Tak sedap bagitau Adi yeh. tapi tekak Adi dgn tekak isi rumah sini bagitau menu ni sedap sangat. so, boleh lah cuba.


Sehingga jumpa lagi dilain hari dan dilain Resepi.


ADINANG

25 January 2013

Ayam Ujang Kluang Mari

Ayam Ujang Kluang Mari
by:- Ishaq ali



salam dari kluang...hahahaha selalu aku update entry kat umah je tapi kali ni sbb kat kampung aku takde tenet terpaksa la numpang tempat orang...kali ni resepi khas dari Kluang..kalau orang Kluang taktau memang bkn orang Kluang la...nama dia Ayam Ujang Kluang Mari...ahahahaha...ayuhhh!


bahan-bahan buat Ayam Ujang Kluang Mari mudah je cuma benda-benda basic je...



isi ayam digoreng dahulu...pastikan dipotong dadu tau...



cili padi di blender..tapi bkn 1 mangkuk la sikit je
ikut nak pedas camne..




bawang besar holland 1 biji..
bawang putih 2 ulas...



sos tiram 2 sudu..


cara nak masak:-

-tumis dulu bawang putih sampai naik bau 
-pastu masuk bawang besar holland yg dihiris..
-then masuk cili padi ikut sukati korang..
-biar sampai timbul minyak..
-masukkan sos tiram
-masukkan air sedikit...
-masukkan bahan perasa ikut rasa la
-masukkan ayam yg dah digoreng dulu
-kacau sampai pekat
-angkat terus di hidang dengan nasi putih yg panas...perrrggghhhh



taadddaaaa...da siap..enjoi la apa lagi
terbaikk...!




berapa banyak masuk la....
aku tumbuk muka kau bah...ahahaha

24 January 2013

Cucur Udang Tanpa Was-Was

Cucur Udang Tanpa Was-Was

Hola! Kembali lagi dengan menu 365 OhsemWok yang tidak pernah tak hapdet setiap hari hanya untuk memenuhi kepuasan diri sendiri dan juga rakyat jelata! (ok tak intro cam gini?)

Long time no see haa.. So sorry la der... ada beberapa teknikal problem sket yang menyebabkan aku tak dapat nak beraksi dlm ohsemwok smalam.. hehe (thanks to mak incik Subhi Karim yg ganti turn aku smalam ye.. ishaq, shut up! ahahaha)

Okay. Menu bangun pagi tadi terus ke dapur dan masak... checking2 peti ais, jumpa udang dan saki baki yg tak berapa membantu... Terjumpa plak tepung gandum cam sauh... so apa lagi, sedetik lebih je terus kuar menu Cucur Udang Tanpa Was-Was... (jangan was-was, masak je la..)



Ini serba sikit bahan yang ade... Udang, bawang, dan daun bawang.. oh ya, ade tepung gandum dan juga telur ayam grade A jugak yg tiada dlm group photo diatas... :-)


Ok senang je... campur semua2 tu... masuk air sket.. kacau dan kacau je... haa jadi le cam diatas tu...


Pastu goreng hingga kekuningan bukan kehitaman yer... ala2 warna kulit korang la... (kulit aku warna koko cerah.. kulit korang per cer?)

hehe siap dah menu paling senang dalam dunia... layan cicah ngan sos cili dan mayonis sambil tgk Tayo The Little Bus kat TV9 pun ok baq ang...



Bahan-bahannya

- Udang di kupas kulit dan dipancung kepala
- daun bawang di cincang2
- bawang merah di cincang2 atau di kisar halus pun boleh.. lagi layan..
- telur ayam sebiji cukup dah kalau nak makan 2 org... kalau nak makan 100 org.. maka tambah la lagi..
- tepung gandum adalah mesti! kalau takde nak jadi cucur celah mane kan..?
- garam secukupnya
- cili merah/padi dicincang... ini kalau korang nak rasa pedas2 menyala dalam kepala...
- air secukupnya

Cara nak masak

- Gaulkan tepung, bawang, daun bawang, telur dan air secukupnya hingga tak terlalu pekat dan tak terlalu cair... tips nya, bila dah sebati, korang ceduk dgn sudu pastu angkat dan tuang balik pada ketinggian sejengkal.. tgk doh sebatian tadi jatuh cemana.. kalau dia jatuh seketul macam meteroit tu.. haa ok la tu... kalau jatuh betali-arus memanjang... so sila tambah tepung sket bagi dia kental...

- pastu baru masuk udang dan cili (kalau nak)... gaul dan gaul... masukkan garam plak...

- ok then panaskan minyak pada suhu... ntah.. dapur aku takde sukat suhu.. -_-"

- goreng la cucur anda hingga kekuningan.. nak buat bentuk bola bole.. segitiga bole.. pat sagi bole... bentuk kucing pun boleyyy...

- dah siap masak hidangkan dengan sos cili dan mayonis (kalau ada)..

- pastu jangan lupa kongsikan resepi ini dengan rakan2 sepejabat yang ciwi dok beli cucur kat makcik senah tepi ofis tu jer... buat sendiri je la.. ehehe


okbai

Azam Rasid


23 January 2013

Spaghetti Mussels Express

Spaghetti Mussels Express
by: Subhi Karim, The Shooting Chef

Salam Maulidur Rasul,   

Today Azam was supposed to write this entry, but due to some difficulty he can’t do it. He is probably still stuck in traffic jammed right now. Azam has promised to buy me Sate Willy Kajang if I help him so.. Sate Willy onss!!! Hehehe suka hati aku je Sate Willy.. So tomorrow will be his turn.

My previous entry was about Pasta Seafood Olio. Today’s dish is quite similar. I bought quite a lot of mussels last time for my Seafood Olio and I still have the balance of it. So I’ve decided to try new dish, something new which I never did or think of if before. So you can consider this one is a new food invention LOL! A spaghetti ala bolognese but with Mussels. I called it “Spaghetti Mussels Express” (bukan muscle ye!) Why Express? Becoz memang saya buat ni secara express. I still have Pasta Tomato Sauce which I bought last time for the Stuffed Mushroom, and also the extra spaghetti. So I used back all the ingredients. One additional ingredient is minced beef.

Ok here are the ingredients:
1. Spaghetti
2. Mussels
3. Minced Beef
4. Garlic clove (crushed)
5. Pasta Sauce Tomato
6. Black pepper
7. Oregano
8. Olive Oil
9. Salt


Bring the water and boiled. Add the pasta to the boiling water. Add salt to the boiled water. Cook pasta until 'Al-dente'. Drain the pasta and separate it.

Heat olive oil in a medium heat. Add in garlic and cook until golden color. Add in pasta sauce. Add in  Mussels and minced beef. In this dish I used minced beef just enough to give a bolognese feel to it because my Mussels mestilah menjadi hero dalam masakan ni. Kan? Cook slowly with medium heat. Add seasoning - black pepper, oregano and salt. Secukup rase.

Add spaghett to the mix, and cook slowly. Done! Express tak?


It’s quite unusual to taste spaghetti bolognese with seafood, but why not we try something new right?!

Ok, I’m late for my event tonight. Azam, kau kena belanja aku!

Enjoy the food and Salam Maulidur Rasul to all of you..

Subhi Karim

22 January 2013

AYAM PERCIK LEGEND

AYAM PERCIK
by Adi Nang



Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua... pantas betol masa berlalu kan? dah hampir sebulan dah belog kami ni berprojek. Pusing punya pusing dah masuk balik giliran adi kena memasak. rasanya macam baru jer Semalam update entry Butter Chicken. its oke.. demi komitmen yang jitu saya gigihkan juga untuk kedapur.. Syabas untuk diri saya sendiri... hahaha.. ( Tepuk sikit please) yeahhh..

Ok, Resepi hari ni Adalah Ayam percik. banyak memori berkaitan ayam percik ni. my favorite ni since kecik. masa kecik dulu kalau pegi pasar malam mesti beli ayam percik. haa.. yang itu mestilah versi yang kepit pakai buluh. sampai pernah luka tangan terkena buluh kepit ayam percik tu. tapi tetap jadi kegemaran dihati beta.. hahaha..

Well, Actually ada banyak cara penyediaan Ayam percik ni.. tapi basic dia tetap sama. kuah ayam percik mestilah ada rasa lemak & manis sedikit serta pekat.. lagi lagi kalau Ayam percik Kelantan. perghhhh.. memang power.

Bahan utamanya yang harus ada, mestilah Ayam. seeloknya ayam seekor dipotong 4. sebab kalau dipotong kecil, kurang keenakan ayam tersebut kerana kurang juicy.



   Dan ini antara bahan bahan nya. Dulu mula mula buat ni ingatkan susah sangat nak sediakan ayam percik ni. tapi bila dah study and selidik bahan bahan dan cara penyediaanya... tak lah sukar sangat untuk buat ayam percik ni. lagi lagi zaman sekarang ni dah ada Oven. grill pan.. senang sangat lah cuma Blend semua bahan then masak.


RESIPI AYAM PERCIK LEGEND

STEP 01 - Penyediaan bahan.

Bahan-bahan Kisar
- 1 Ekor Ayam dipotong 4 ( saya pakai dua bahagian jer )
- Bawang merah ( 6 Biji )
- Bawang putih ( 5 biji )
- Serai ( saya guna 2 batang )
- Kunyit Hidup ( saya pakai dalam 1/2 inch mcm tu)
- Halia ( seinci mcm tu )
- Cili Kering ( ikot suka korang.. nak pedas buh lebih) saya guna dalam 10 tangkai.


Bahan untuk perap Ayam
- Halia
- Bawang Putih
- Sedikit Garam
- Black paper

Bahan Lain ( diguna ketika mereneh kuah percik)
- Santan ( dalam sebiji kelapa / 1 kotak kecik )
- Air Asam jawa ( agak agak sudehhh.. )
- Gula Perang
- Kiub pati Ayam
- Seasoning

p/s : mudah kan bahan bahan nya? senang nak dapat pon. tak susah mana lah. Kan saya dah kata, senang jer resipi ni. saya sediakan semua ni dalam masa 1 jam jer. tu pon gatal pakai grill pan, lambat sikit. kalau guna oven lagi mudah dan jimat masa.


STEP 02 - Ok, bila dah blend semua bahan yang perlu kita blend tadi.. Masukkan jer terus dalam Kuali. dimasukkan santan, Air Asam jawa, Kiub Pati Ayam, Gula Perang and seasoningkan lah mengikut citarasa korang. takkan tu pon nak ajar.. lidah masing masing kan? haha..


STEP 03 - Sambil menunggu kuah percik masak, saya perap Ayam saya tadi dengan bahan perap tadi dan saya Kukus ayam tersebut terlebih dahulu. supaya ayam separuh masak sebelum dibakar. saya memilih untuk kukus ayam tersebut. tapi boleh jugak kalau nak terus masuk oven lepas perap tadi. or nak bakar cara tradisional pon boleh.. pilihan ditangan anda.


STEP 04 - Bila ayam dah separuh masak dan dalam masa yang sama kuah percik kita pon dah pekat. ingat!!.. kuah percik mestilah pekat dan likat. kalau korang tengok masih lagi cair, masukkan sedikit tepung jagung dan gaul sampai pekat. Kemudian ambik sedikit kuah percik dilumurkan/ dicelup / or direnjis renjis dipilis pada ayam yg dah separuh masak tu..


STEP 05 - Bakar semula sehingga masak disaluti kuah percik itu.


Ok, Versi saya, ayam yang sudah dikukus itu saya lumurkan dengan kuah percik dan bakar menggunakan grill pan. yang penting ( BAKAR / LUMUR / BAKAR ) sama ada menggunakan cara tradisional, grill pan or Oven.  hahh.. lebih kurang lah macam tu. alaa.. senang sangat nak buat. senang kan?


STEP 06 - Siap dan sedia untuk dihidang.



Begini lah rupanya Ayam Percik yang saya buat. Resepi mudah dan berbaloi kalau nak cuba. Maybe leceh sikit part bakar membakar tu jer lah.. penyediaan yang lain mudah jer.. kalau malas bakar jer pakai oven. senang jer. Bertemu lagi dilain hari dengan resepi yang berlainan. Selamat bekerja dan selamat mencuba.

p/s : perghhh bau memang menusuk kalbu masa masak ni. Aroma Ayam percik memang terbaboomm.. Menusuk kehidung dan sanubari.. tak percaya? Cubalah. ;-)

Kalau suka boleh share resepi ni. ;-)



ADINANG



21 January 2013

Stone Cold Masak Sambal

Stone Cold Masak Sambal
by:- Ishaq Ali

assalamualaikum W.B.T.
 salam sejahtera..eh dah mcm baca berita la plak..ok arini aku masak ikan tongkol masak sambal..saje letak tajuk stone cold sbb bunyi lebih kurang je..wahahah...sangat mudah dan segera..pada aku la..ikan tongkol pun ada masalah jugak...


bahan-bahannya ialah:-


beberapa tongkol ikan tongkol...



bawang besar, bawang putih dan cili giling
(buat sendiri lagi sedap)



goreng ikan dengan serbuk kunyit dan garam..dah siap ketepikan dulu..
kendian tumis segala bawang sampai naik bau terus masukkan cili giling
biar sampai naik minyak(timbul minyak ye)
masukkan ikan yg digoreng tadi dan letak bahan perasa (garam,gula.msg)
aku tak suka letak msg atau aji
aku letak gula sikit untuk rasa manis sambal tu..
letak air asam jawa sikit untuk menimbulkan rasa asid(amboi da mcm chef)
kalau tanak letak asam keping ke atau letak sos tomato pun boleh..



dah siap....eh? makan ngan nasi panas pastu letak kicap lemak sket
pppeeerrrgghhhh...tambah 2 kali nasi lah..( resepi tak bagus tuk org diet ok) ahahahaa
selamat mencuba dan hati-hati memandu...!


aku nak buat benda lain tapi tak sempat sbb
nak g shopping ngan bini aku...okbai..