Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

14 February 2013

Nasi Goreng Kampung + Daging goreng kunyit

Nasi Goreng Kampung + Daging goreng kunyit
by Adi Nang 




Jumpa lagi kita yeh.. resepi warung pulak lah pilihan kali ni. Nasi Goreng Kampung & Daging goreng kunyit. menu petang tadi ni, dah lama tak masak ala-ala warung, so kali ni pilih menu warung lah pulak. mudah menyediakan kalau hati tenang.. hahaha.. makan ni dengan kopi o kaw kaw.. memang terbaekkk..

ok, kali ni malas nak cakap banyak.. terus jer lah kepada resepinya.

NASI GORENG KAMPUNG

- Nasi putih ( seeloknya nasi yang dah sejuk )
2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 6 biji cili padi
- kankung
- 1 sudu sos tiram.
- belacan
- sedikit ikan bilis
- garam secukupnya
- 1 biji telur 

cara-caranya:

  • goreng ikan bilis dulu, ketepikan
  • tumbuk belacan, cilipadi, bawang and sedikit ikan bilis
  • panaskan minyak dan pecahkan telur, kacau laju sampai hancur
  • masukkan bahan tumbuk tadi
  • perasakan dulu garam/MSG and sos tiram
  • masukkan nasi dan gaul / masukkan juga kangkung
  • last masukkan ikan bilis goreng tadi.
  • tadaaa... siap dah nasi goreng kampung anda.


DAGING GORENG KUNYIT
  1. Gorengkan daging bersama kunyit serbuk..
  2. masukkan bawang putih+bawang besar+ lobak hiris + kacang panjang and gaulkan sebati
  3. perasakan dengan garam dan sedikit MSG
  4. dah agak masak tapis semua yang dalam kuali tu.. remove minyak.
  5. sedia untuk dihidang
TELOR MATA 

- melampau lah kalau yang ni pon nak kena ajar.. budak tadika pon tau buat. hahaha... ok, dah boleh hiaskan pada pinggan dan makan sambil tengok drama tibitige.


sekian untuk hari ni. resepi mudah semudah abcdefghi.. jumpa lagi nanti dilain resepi. tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.


p/s : tak nampak pulak kangkung aku kat dalam gamba, ada sebenarnya kat dalam nasik tu.. tapi tak eksah lah, buh sikit jer sebab buat syarat jer..


ADINANG <--- hensom dak ni.

29 January 2013

Teratai Layu di Tasik Tauhu

Teratai Layu di Tasik Tauhu
By:- Ishaq ali


Salam selasa...

wah lepaknya cuti hampir smggu tu..tak sempat g raya..ahaahha ok smlm sedara Subhi Karim kita up resepi mudah nak mampos..mcm masak megi je..ahahahaha kali ni aku up resepi mudah jugak...taktau tau la korang penah nampak ke tak benda ni..aku panggil tauhu pop org lain panggil apa aku taktau la..orait moh la kita terai..

bahan-bahan:-

- tauhu pop (kat pastik tu tulis tauhu bulat)
- mix vege
- daging kisar (ayam pun boleh)
- bawang putih (untuk menumis)
- telur



ini la tauhu pop tu..



bahan-bahannya..



bahan-bahannya..lupa plak nak letak telur..



potong silang kat tengah pastu terbalikkan..



bahan-bahan untuk di sumbat dalam tauhu pop..



dah siap yum-yum...




tekak melayu mesti nak cicah sos cili la..ahaha




cara nak masak isi tauhu:-

- gunting tauhu kat tengah pastu terbalikkan keluarkan isi tahu tgglkan kulit saja..
- panaskan sikit minyak dlm kuali..
- tumis bawang putih
- masukkan daging
- letak isi tauhu yg dikeluarkan tadi
- masukkan mix vege tu
- letak bahan perasa
- dah siap letak tepi pastu sejukkan jap..

cara nak isi tauhu:-

- letak telur dalam isi tauhu tadi
- kacau sampai sebati
- sumbat la dalam tahu yg di terbalikkan tadi
- then deep fried tauhu tadi
- goreng sampai kuning tp jgn lama sgt plak sbb isinya dah masak 

dah siap..jgn buat lawa sgt kang sayang nak makan plak..ahahahahaha



pasni aku nak buat air je plak...


14 January 2013

Sambal Daging Panglima Hitam

SAMBAL DAGING PANGLIMA HITAM




Assalamualaikum Tuan hamba sekalian..

Tibalah hari yang dinanti nanti, Giliran Hamba sekali lagi kedapur. Kali ni Resepi yang saya akan tunjukkan adalah resepi yang paling mudah sekali untuk dibuat dan senang yang amat sangat. tak perlu bermandi peluh untuk menyiapkan resepi ini.

Yes... sebelum tu nak Credit sikit mengenai Resepi ni. Terima kasih kepada Mak Mertua saya Rokiyah Yusof  kerana Share resepi yang sangat da' BOOM ni untuk saya cuba. Actually Resepi sambal daging ni adalah resepi family my mother in law. Orang Melaka, Area Pulau Sebang, Lebih tepat Teluk Panglima Hitam. Dekat dekat dengan Alor gajah - Tampin lah... Kelasss ko Jahhh.. My mother in law ada Facebook hokkeyyhh.. She is good in kitchen and brilliant. my seefoo jgk. 

TQ Emak. ;-)



ok, resepi memang sangat simple.. percaya atau tidak.. hanya 3 bahan utama sahaja untuk membuat sambal daging Panglima Hitam ni. ok, Main ingredients of Coz lah Daging, kalau ayam, takdalah letak tajuk "Daging" kannn??.. Then Kunyit & Cili Kering kisar. simple kan. Tapi kalau nak lagi Ohsem, resepi ni sebenarnya lagi best kalau menggunakan daging tetel. Apa tu Daging Tetel?

ok ok.. baik hati aku harini nak terangkan.. Daging tetel tu adalah daging lembu yang dicampur campur dgn daging part lemak lemak yg berupa lemak lemak degil dan tepu. Faham eh? klu tak pasti, boleh google. tengok gambar.

Apa yang menarik mengenai resepi ini jgk, ianya agak unik dari segi teknik memasak.. selalu orang masak sambal mesti tumis dan bubuh minyak dulu kan? tapi keunikan daging Panglima Hitam ni.. kita masak dulu daging ni dgn air / cili / kunyit dulu.. then bila dah empuk dan kering, baru dimasukkan minyak. Dahsyat kan?

i told yuuu.. Creative mak mertua i hokkey.. but its sooo yummyy.. my favorite ni.


Begini lah rupanya bila dah siap.. simple and Delicious , sedap dimakan dengan nasi panas, roti dan enak dimakan begitu sahaja. ohsemm wehhhh.. tak rugi cuba, sebab bahan bahan dia nanti saya cerita, mesti korang terfikir... " eyhh... adalah dalam fridge" Silalah cuba.


ok, taknak cakap banyak harini, sebab my son pon dah tak menyabo nyabo dah ni nak ajak pegi swimming. Let's make it fast..


RESEPI DAGING PANGLIMA HITAM

Bahan-bahan nya..

1) Daging Lembu ( lagi best daging tetel ( moooo ) bukan turtle tau! hepp haroomm..
2) Kunyit hidup - kalau takda, serbuk kunyit pon boleh.
3) Cili Kisar ( cili kering yg dikisar )
4) Minyak utk menumis
5) Garam dan gula sedikit. & sedikit seasoning



CARA CARA PENYEDIAAN

Step 01 - Gaging yang dihiris kecil kecil itu dimarinade dgn cili & Kunyit. Tenggek kuali dan masukkan bahan yg dimarinade tu.. open fire! haha lagi lama lagi best.. meresap rasa kunyit dan cili kedalam daging. terbaik bohhh...

Step 02 - Masukkan Air.. kalau daging liat masukkan banyak banyak sikit air tu.. tujuannya untuk empukkan daging tersebut. masak sehingga Empuk daging tersebut dan kering air dalam kuali tadi.

Step 03 - Bila  dah yakin empuk daging tu.. masukkan minyak, biar minyak banyak sikit, just forget about cholesterol for a while.. haha.. tak perlu tukar kuali.. just masukkan minyak sahaja.. masukkan garam & seasoning secukup rasa.. Gula bila perlu. kacau sampai kering.

Step 04 - DONE and boleh serve.

Mudah kan? so siapa yang agak malas nak memasak tapi kena masak, cubalah resepi ni. pada saya, ini adalah antara resepi yang terbaik yang saya dapat dari my Mother in Law. Resepi turun temurun beliau dan saya boleh katakan.. " Terbaik Bohhh, kelahhhh... " sgt Ohsem.


sehingga jumpa lagi dalam 4 hari lagi.. stay tune, besok kita tengok pulak apa yang Azam Rasid nak sediakan. Sehingga itu... Mohon Diri tuan tuan hamba sekalian..



**tanpa discriminasi & prejudice 
 ADI NANG - (Panglima Coklat)