ASAM PEDAS MELAKA
by : Adi Nang
Salam semua.. hari ni giliran adi pulak yang kedapur untuk melengkapkan misi 365/2013 ni. Resepi kedua untuk belog ini pada kali ini Adi pilih daripada Melaka. Memandangkan baru sahaja balik dari kota bersejarah dua tiga hari lepas.
Untuk resepi asam pedas ni Adi pilih ikan merah sebagai Main subject, kenapa ikan merah? kenapa tak ikan hijau? biru dan sebagainya kan? haa.. dah agak.. mesti ada soalan mcm tu punya..
ada dua jawapan. jawapan pertama.. suka hati aku lah nak guna ikan apa. ada aku kesah. ok, jawapan yg kedua dan agak reasonable, sebab seefoo saya orang melaka, iaitu tokey Asam pedas kat Melaka, dia cakap.. byk byk ikan, ikan yang paling sedap utk dibuat asam pedas adalah ikan Merah.
ini antara bahan bahannya yang utamalah, and ofcoz mestilah ada ikan merah.. oklah.. klu tak suka ikan merah takpa.. guna lah ikan apa apa yang korang suka, nak lagi gempak, gunalah.. IKANO power center.. hahaha.. conform gempak habes..
tadaa... inilah hasilnya setelah penat mengangkang kat dapur... haaa.. asam pedas kangkang.. eyh. ok ok.. Lets serious.. dan ini adalah resepinya dan cara-cara nak buat. Perhatikan betol-betol.. fokus! ;p
ASAM PEDAS A FAMOSA
Bahan untuk dikisar :
- Cili Kering dlm 9 tangkai.
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 3 biji
- Serai 2 batang
- Kunyit Hidup
- Halia
- Belacan ( seeloknya dibakar dahulu)
- sedikit jintan manis & jintan putih (agak agak sudeh)
Bahan tambahan :
- Tomato 2 biji (dipotong 4)
- 4-5 tangkai daun kesum
- Asam jawa yang dibancuh dgn 400 ml air.
- Bendi ( saya guna dalam 6 biji )
- minyak untuk menumis
- Black paper
cara-cara penyediaan :
Mula mula.. baca bismillah.. pastu panaskan periuk, buh minyak utk menumis dan tumis semua bahan yang dikisar itu. teknik yang saya belajar adalah dengan memasak bahan kisar ini dengan api yang sederhana dan lama supaya sebati betol- betol dan masak rata cili yang kita kisar itu..
Kemudian.. setelah confident bau dah naik, dan nampak minyak sudah keluar.. dengan ceria sekali, tuangkan air asam jawa itu.. kacau sehingga sebati..
Kemudian...
Masukkan Ikan Merah, Bendi, Tomato, daun kesum and Black paper. biarkan ianya reneh seketika sehingga korang rasa ikan dan semua bahan tu dah cukup masak.
Masukkan garam and seasoning secukup rasa korang
tutup api, tutup periuk.. and ready to serve.
Mudah kan?
Sedikit Tips dari tok guru saya : untuk mendapat hasil asam pedas yang betol betol kaw, semasa menumis itu, biarlah lama dan api yang sederhana panas.. lagi lama lagi kaw asam pedas tu boleh pegi. kurangkan bawang dan lebihkan cili.. dan asam pedas haruslah pandai diimbangi dengan rasa Masam Pedas dan masin, 3 faktor tu kena ada... tak percaya boleh cuba. ;-)
ADINANG
asam pedas melaka memang letak blackpepper eh?
ReplyDeletesaya olah sedikit.. bagi tambah kick. sebab tu kot namanya asam pedas afamosa. sebab zaman dulu diorang dok gaduh utk blackpaper sebab nak bubuh dalam asam pedas.. hahahahaha..
Deleteitu macam ka...xper2..dorang ckp asam pedas ni kena ada halba? mana nak carikkkk.....atas tu xde pun...
Deleteboleh jer letak Halba. tapi adi lebih prefer letak lada hitam byk byk.. as long as tak mengubah rasa asam pedas dah kira oke kan? asa mpedas kena lah rasa masam pedas dan masin.. tak gitu.. the rest up to your creativity. kannn?
Delete