Pasta Bake Sofea Jane
by : Adi Nang
Happy Sabtuday semua... selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Sesambil tengah fikir nak masak apa untuk tengahari ni, eloklah belek belek sikit resepi yang ada kat Ohsemwok ni. Harini sebab rindukan sangat dengan Sofea Jane maka terciptalah satu resepi olahan sendiri yang diberi nama Pasta Bake Sofea Jane. yesss... She is gorgeous, i know it. ;-)
Actually plan nak memasak Macaroni jer untuk hari ni, tiba tiba terilham idea untuk olah resepi kali ni dengan teknik membakar didalam oven. Mudah dan tak pening kepala. Dapur pon kurang bersepah.
So. macam mana dengan entry entry resepi dari ohsemwok? ada membantu tak didalam hidup seharian korang? hurmm.. kalau takda takpa, tak kecik hati pon. hahaha.. Menu kitorang simple simple jer.. untuk orang malas nak masak. Terima kasih kepada semua supporter yang menyokong dan menggemari belog kami ini, tanpa korang semua, kami mungkin dah giveup or dah terus bungkus belog ni. Apepon, Misi kami masih panjang. Teruskan menyokong kami yeh.
Untuk menu Adi kali ni agak mudah jugak kalau korang nak cuba. kita guna teknik Boiling-Fry-Bake jer. Mudah sangat. so, gambar diatas adalah beberapa bahan yang kita perlukan bagi menjayakan Sofea Jane ini. Its so balance with Juicy, Creamy and simply Delicious. Masa penyediaan lebih kurang 1 jam dan boleh buat sambil tengok drama Korea. Mudah kan bunyinya? haaa... cuba, jangan tak cuba. Suami anda pasti tertambat dengan anda nanti, silap silap lepas makan terus dia ajak pergi ke Habib Jewel. huhuhu.. OK, enough story mory pasal husband and wife sebab saya Duda. nanti terindu pulak zaman rumahtangga.. naya je. :p
Jom kita tengok apa nak buat...
PASTA BAKE SOFEA JANE
STEP 01 - Penyediaan bahan bahan
- Bawang Besar 1 biji ( dicincang halus)
- Bawang Putih 4 biji ( diketuk jer) nak cincang pon tak salah..
- Minced beef ( daging lembu kisar)
- Fresh Parsley
- 2 biji Telur
- Whipping Cream
- Tomato Cherry
- Makaroni
- Olive oil utk menumis
- salt & pepper to taste.
- Cheddar Cheese
STEP 02 - Rebus Makaroni korang sehingga masak. masukkan sedikit garam dalam air rebusan. remember.. Dont over cook. tak sedap nanti texture makaroni tu. kita nak bakar dia nanti, bukan nak buat bubur makaroni yeh. harap maklum. dah masak, Toskan dan teruskan ke langkah seterusnya.
STEP 03 - Panaskan kuali dengan suhu sederhana dengan Olive oil utk menumis (agak agak boleh menumis dah lah.. jgn byk sangat) , masukkan bawang besar yg dicincang berserta dengan bawang putih tadi.. tumis sehingga harum semerbak bau bawang tu, kemudian masukkan daging kisar dan goreng sehingga daging separuh masak. seasoningkan ramuan tersebut ikot tekak korang. pandai pandai lah nak bagi sedap, ni base dia. saya gunakan salt & pepper jer and sedikit pati ayam. kemudian toskan dan asingkan bahan tersebut didalam Al Magku kuk Wal Hayyun.
STEP 04 - Bahan yang ditumis tersebut dicampur degan Makaroni korang tadi dan dicampurkan juga dengan fresh parsley. cincang lah parsley tu terlebih dulu yeh.. tercekik kang suami korang makan. sila rujuk gambarajah diatas. ( campuran tumisan daging+ Parsley + Makaroni )
PASTIKAN TIADA LEBIHAN AIR DIDALAM ADUNAN. sebab kita nak ianya kering. sebab tu toskan betol betol.
STEP 05 - Masukkan adunan tersebut didalam Mangkuk pembakar. pilih yang bersesuaian yeh. saya punya mangkuk IKEA jer. yang tahan suhu panas oven.
Dalam masa yang sama prepare di mangkuk lain.. Pecahkan 2 biji telur, pukul slow slow guna garfu (itu pon nak kena ajar ke?) hahaha.. kemudian campurkan telur tersebut dengan wipping cream. kacau bagi sebati. Tomato Cherry potong dua dan susun seperti gambarajah dibawah.
Kemudian Tuangkan bancuhan telur dan wiping cream tersebut kedalam adunan yang akan dibakar itu.. Almost Done.
STEP 06 - Nanti dulu.. belom siap lagi.. sebelum dimasukkan kedalam Ketuhar, Taburkan Cheddar cheese parut diatas sebagai topping terakhir. dan rajinkan diri anda untuk tabur sedikit salt & pepper diatas cheese tersebut. sikit je. untuk texture.
STEP 07 - Preheat oven dulu ( 220 C / 425 F / Gas Mark 7 ) pilihlah mana korang familiar guna.. then masukkan dalam oven, Bake for about 15 minutes, until golden brown and bubbling.
STEP 08 - Tadaaaaaa.. it's DONE!!!
Serve when it still hot. untuk hiasan taburkan sedikit finely chopped parsley diatas Sofea Jane tersebut. siap dah.. Mudah kan?
Okey, dah siap menu simple untuk hari ini, kalau tekak orang melayu biasanya nak makan Menu ni dengan cili sos. terpulang lah. takda cili sos tak 1 Malaysia lah katako.. hahaha.. OK, have fun with your weekend. Sila cuba dan share resepi ini. Kalau sedap bagitau Kawan, Tak sedap bagitau Adi yeh. tapi tekak Adi dgn tekak isi rumah sini bagitau menu ni sedap sangat. so, boleh lah cuba.
Sehingga jumpa lagi dilain hari dan dilain Resepi.
ADINANG
bro, nanti buat makeroni bakar pulak
ReplyDelete