SAMBAL DAGING PANGLIMA HITAM
by : Adi Nang
Assalamualaikum Tuan hamba sekalian..
Tibalah hari yang dinanti nanti, Giliran Hamba sekali lagi kedapur. Kali ni Resepi yang saya akan tunjukkan adalah resepi yang paling mudah sekali untuk dibuat dan senang yang amat sangat. tak perlu bermandi peluh untuk menyiapkan resepi ini.
Yes... sebelum tu nak Credit sikit mengenai Resepi ni. Terima kasih kepada Mak Mertua saya Rokiyah Yusof kerana Share resepi yang sangat da' BOOM ni untuk saya cuba. Actually Resepi sambal daging ni adalah resepi family my mother in law. Orang Melaka, Area Pulau Sebang, Lebih tepat Teluk Panglima Hitam. Dekat dekat dengan Alor gajah - Tampin lah... Kelasss ko Jahhh.. My mother in law ada Facebook hokkeyyhh.. She is good in kitchen and brilliant. my seefoo jgk.
TQ Emak. ;-)
ok, resepi memang sangat simple.. percaya atau tidak.. hanya 3 bahan utama sahaja untuk membuat sambal daging Panglima Hitam ni. ok, Main ingredients of Coz lah Daging, kalau ayam, takdalah letak tajuk "Daging" kannn??.. Then Kunyit & Cili Kering kisar. simple kan. Tapi kalau nak lagi Ohsem, resepi ni sebenarnya lagi best kalau menggunakan daging tetel. Apa tu Daging Tetel?
ok ok.. baik hati aku harini nak terangkan.. Daging tetel tu adalah daging lembu yang dicampur campur dgn daging part lemak lemak yg berupa lemak lemak degil dan tepu. Faham eh? klu tak pasti, boleh google. tengok gambar.
Apa yang menarik mengenai resepi ini jgk, ianya agak unik dari segi teknik memasak.. selalu orang masak sambal mesti tumis dan bubuh minyak dulu kan? tapi keunikan daging Panglima Hitam ni.. kita masak dulu daging ni dgn air / cili / kunyit dulu.. then bila dah empuk dan kering, baru dimasukkan minyak. Dahsyat kan?
i told yuuu.. Creative mak mertua i hokkey.. but its sooo yummyy.. my favorite ni.
Begini lah rupanya bila dah siap.. simple and Delicious , sedap dimakan dengan nasi panas, roti dan enak dimakan begitu sahaja. ohsemm wehhhh.. tak rugi cuba, sebab bahan bahan dia nanti saya cerita, mesti korang terfikir... " eyhh... adalah dalam fridge" Silalah cuba.
ok, taknak cakap banyak harini, sebab my son pon dah tak menyabo nyabo dah ni nak ajak pegi swimming. Let's make it fast..
RESEPI DAGING PANGLIMA HITAM
Bahan-bahan nya..
1) Daging Lembu ( lagi best daging tetel ( moooo ) bukan turtle tau! hepp haroomm..
2) Kunyit hidup - kalau takda, serbuk kunyit pon boleh.
3) Cili Kisar ( cili kering yg dikisar )
4) Minyak utk menumis
5) Garam dan gula sedikit. & sedikit seasoning
CARA CARA PENYEDIAAN
Step 01 - Gaging yang dihiris kecil kecil itu dimarinade dgn cili & Kunyit. Tenggek kuali dan masukkan bahan yg dimarinade tu.. open fire! haha lagi lama lagi best.. meresap rasa kunyit dan cili kedalam daging. terbaik bohhh...
Step 02 - Masukkan Air.. kalau daging liat masukkan banyak banyak sikit air tu.. tujuannya untuk empukkan daging tersebut. masak sehingga Empuk daging tersebut dan kering air dalam kuali tadi.
Step 03 - Bila dah yakin empuk daging tu.. masukkan minyak, biar minyak banyak sikit, just forget about cholesterol for a while.. haha.. tak perlu tukar kuali.. just masukkan minyak sahaja.. masukkan garam & seasoning secukup rasa.. Gula bila perlu. kacau sampai kering.
Step 04 - DONE and boleh serve.
Mudah kan? so siapa yang agak malas nak memasak tapi kena masak, cubalah resepi ni. pada saya, ini adalah antara resepi yang terbaik yang saya dapat dari my Mother in Law. Resepi turun temurun beliau dan saya boleh katakan.. " Terbaik Bohhh, kelahhhh... " sgt Ohsem.
sehingga jumpa lagi dalam 4 hari lagi.. stay tune, besok kita tengok pulak apa yang Azam Rasid nak sediakan. Sehingga itu... Mohon Diri tuan tuan hamba sekalian..
**tanpa discriminasi & prejudice
ADI NANG - (Panglima Coklat)
Panglima sangat ni adi! hahahahahaaa
ReplyDeleteadi kan panglima cokelat..ahahah
Delete