5 January 2013

Asam Di Darat Ikan Di Laut
005/365

Asam Di Darat Ikan Di Laut
by:- Ishaq Ali 


Assalamulaikum W.B.T
Salam semua! cewah dah macam Yb pulak ahahaha..amacam setakat ni..ok tak resepi-resepi dari kami-kami semua?diaorang ni semua ni bukan je power ambik gambar bahkan power jugak masak-memasak ni..dah macam chef uiiiihhhh...DASAT!...,aku je yang bagi korang resepi mudah-mudah...ni arini turn aku lagi..jap je dah resepi yg ke 005/365..ok aku bagi lagi resepi yang mudah ala-ala kampung je..tajuk dia Asam Di Darat Ikan Di Laut... enjoi!



ni ha bahan-bahan dia...mudahkan...



ni rupa dia setelah siap.....

ok sekarang cara nak masak pulak....

bahan-bahan:-

-ikan 4-5 ekor kembung (kalau nak ikan merah pun boleh)
-bawang besar india atau holland 2-3 ketui (dimayam)
-bawang putih 3-4 ulas (dihiris)
-kacang bendi 3-4 biji
-asam jawa 1 sudu (dicampur air dalam cawan)
-cili padi (sukati korang nak pedas letak banyak)

cara-cara masak:-

1.panaskan semangkuk air dalam periuk atau kuali
2.setelah mendidih masukkan semua bahan-bahan tadi kecuali ikan dan biarkan 
3.masukkan air asam
5.masukkan ikan
4.letak lah bahan perasa dan biarkan sampai ikan masak
5.dah siap
6.masak nasi
7.ambik nasi yang dah masak tadi
8.letak lauk yang dah siap
9.baca bismillah
10.apa lagi...makan lah...ahahahahaha


ok dah siap..mudahkan?kalau ni korang cakap susah memang taktau aku nak cakap apa la...ahahahaha tu je untuk arini esok tunggu giliran adi pulak ye...okbai


sapalah aku kan puih ahahaha...






1 comment:

  1. Dalam kuali bertemu jua! hehehe nice bro..

    OhsemWok,
    Subhi Karim

    ReplyDelete