by Azam Rasid
Assalamualaikum semua! Hai! Bertemu lagi kita dlm blog OHSEMWOK yang mana menjanjikan sajian setiap hari selama 365 hari pada tahun 2013 ini! Pastinya anda tidak mahu ketinggalan utk menyalin resipi-resipi ohsem tak terhingga dari kami kan? Jadi, tunggu apa lagi, switch on printer kaler anda, dan mula mencetak resepi ini!
Ok dah melalut lagi pagi2 ni kan.. haaa... Mesti korang masih lagi ragu-ragu dgn OHSEMWOK ni kan? Macam mana jantan-jantan yang dah berkahwin ni boleh masak menu-menu gasak tahap ibu anda di kampung ataupun di bandar kinrara? - - - - "Don't judge a book by it cover" - - - - hehehehe!
Menu hari ni... selepas pegi pasar depan rumah tadi... jumpa laa udang gemuk2 yang sangat lazat ikan barramundi tgk kalau buat umpan mancing... so pe lagi.. kasi sauk la sekilo dua...
jadinya, tetiba terfikir lah menu terhebat lagi untuk hari ke 31 pada tahun ini.. "Udang Bersalut Sos Supreme" ! (ok gempak kan?)
Bahan-bahan yang digunakan:
- Udang gemuk (terpulang nak brapa ekor, aku makan sorang je 5-6 ekor cukup dah)
- Bawang merah dicincang
- Bawang putih dicincang
- Cili merah dihiris
- Cendawan tiram (kalau suka banyak, boh la banyak mane pun.. atau nak tukar ngan sayur lain pun boley)
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Pati ayam pekat
- Tepung goreng serbaguna (salut udang sikit bg garing)
- Tepung jagung (utk kuah pekat)
Ok, utk memulakan memasak.. korang panaskan dulu minyak... then udang tadi digembar-gemburkan dalam tepung goreng serbaguna tadi... tgk gambar dibawah... Putih gebu kan..? haaa...
Kemudian sila goreng udang tadi hingga garing ikut tahap kegaringan yang anda suka ya..!
Nak buat sos supreme pulak (ok lupa nak snap gambar..), senang je.. panaskan sikit minyak dalam kuali.. kemudian goreng bawang putih dan bawang merah hingga naik bau... pastu masukkan pati ayam pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, hirisan cili dan cendawan tiram... masukkan sikit air... masak lebih kurang 3-4 minit...
Pastu bancuh tepung jagung tadi dgn air sejuk... agak2 setengah cawan je.. then tuang kedalam sos tadi... masak 3-4 minit lagik... siap. padam api.
Kemudian tuang sos supreme tadi diatas udang yg garing tu... tadaa!! Enak dimakan sahaja ataupun dengan nasik putih... :-) Konfem hingga menjilat pinggan! Konfem!
Okay selamat mencuba!
Azam Rasid
No comments:
Post a Comment