by Adi Nang
Assalamualaikum w.b.t.
Hai semua... pantas betol masa berlalu kan? dah hampir sebulan dah belog kami ni berprojek. Pusing punya pusing dah masuk balik giliran adi kena memasak. rasanya macam baru jer Semalam update entry Butter Chicken. its oke.. demi komitmen yang jitu saya gigihkan juga untuk kedapur.. Syabas untuk diri saya sendiri... hahaha.. ( Tepuk sikit please) yeahhh..
Ok, Resepi hari ni Adalah Ayam percik. banyak memori berkaitan ayam percik ni. my favorite ni since kecik. masa kecik dulu kalau pegi pasar malam mesti beli ayam percik. haa.. yang itu mestilah versi yang kepit pakai buluh. sampai pernah luka tangan terkena buluh kepit ayam percik tu. tapi tetap jadi kegemaran dihati beta.. hahaha..
Well, Actually ada banyak cara penyediaan Ayam percik ni.. tapi basic dia tetap sama. kuah ayam percik mestilah ada rasa lemak & manis sedikit serta pekat.. lagi lagi kalau Ayam percik Kelantan. perghhhh.. memang power.
Bahan utamanya yang harus ada, mestilah Ayam. seeloknya ayam seekor dipotong 4. sebab kalau dipotong kecil, kurang keenakan ayam tersebut kerana kurang juicy.
RESIPI AYAM PERCIK LEGEND
STEP 01 - Penyediaan bahan.
Bahan-bahan Kisar
- 1 Ekor Ayam dipotong 4 ( saya pakai dua bahagian jer )
- Bawang merah ( 6 Biji )
- Bawang putih ( 5 biji )
- Serai ( saya guna 2 batang )
- Kunyit Hidup ( saya pakai dalam 1/2 inch mcm tu)
- Halia ( seinci mcm tu )
- Cili Kering ( ikot suka korang.. nak pedas buh lebih) saya guna dalam 10 tangkai.
Bahan untuk perap Ayam
- Halia
- Bawang Putih
- Sedikit Garam
- Black paper
Bahan Lain ( diguna ketika mereneh kuah percik)
- Santan ( dalam sebiji kelapa / 1 kotak kecik )
- Air Asam jawa ( agak agak sudehhh.. )
- Gula Perang
- Kiub pati Ayam
- Seasoning
p/s : mudah kan bahan bahan nya? senang nak dapat pon. tak susah mana lah. Kan saya dah kata, senang jer resipi ni. saya sediakan semua ni dalam masa 1 jam jer. tu pon gatal pakai grill pan, lambat sikit. kalau guna oven lagi mudah dan jimat masa.
STEP 02 - Ok, bila dah blend semua bahan yang perlu kita blend tadi.. Masukkan jer terus dalam Kuali. dimasukkan santan, Air Asam jawa, Kiub Pati Ayam, Gula Perang and seasoningkan lah mengikut citarasa korang. takkan tu pon nak ajar.. lidah masing masing kan? haha..
STEP 03 - Sambil menunggu kuah percik masak, saya perap Ayam saya tadi dengan bahan perap tadi dan saya Kukus ayam tersebut terlebih dahulu. supaya ayam separuh masak sebelum dibakar. saya memilih untuk kukus ayam tersebut. tapi boleh jugak kalau nak terus masuk oven lepas perap tadi. or nak bakar cara tradisional pon boleh.. pilihan ditangan anda.
STEP 04 - Bila ayam dah separuh masak dan dalam masa yang sama kuah percik kita pon dah pekat. ingat!!.. kuah percik mestilah pekat dan likat. kalau korang tengok masih lagi cair, masukkan sedikit tepung jagung dan gaul sampai pekat. Kemudian ambik sedikit kuah percik dilumurkan/ dicelup / or direnjis renjis dipilis pada ayam yg dah separuh masak tu..
STEP 05 - Bakar semula sehingga masak disaluti kuah percik itu.
Ok, Versi saya, ayam yang sudah dikukus itu saya lumurkan dengan kuah percik dan bakar menggunakan grill pan. yang penting ( BAKAR / LUMUR / BAKAR ) sama ada menggunakan cara tradisional, grill pan or Oven. hahh.. lebih kurang lah macam tu. alaa.. senang sangat nak buat. senang kan?
STEP 06 - Siap dan sedia untuk dihidang.
Begini lah rupanya Ayam Percik yang saya buat. Resepi mudah dan berbaloi kalau nak cuba. Maybe leceh sikit part bakar membakar tu jer lah.. penyediaan yang lain mudah jer.. kalau malas bakar jer pakai oven. senang jer. Bertemu lagi dilain hari dengan resepi yang berlainan. Selamat bekerja dan selamat mencuba.
p/s : perghhh bau memang menusuk kalbu masa masak ni. Aroma Ayam percik memang terbaboomm.. Menusuk kehidung dan sanubari.. tak percaya? Cubalah. ;-)
Kalau suka boleh share resepi ni. ;-)
ADINANG
No comments:
Post a Comment