10 January 2013

Siakap Steam Limau Maya Karin

Siakap Steam limau  Maya Karin
by : Adi Nang


Hai Semua... Turn saya kedapur pula kali ni. Resepi kali ni saya bawakan Maya Karin untuk kedapur rumah saya. Ye saya tidak berseorangan kali ni di dapur, ditemani Maya Karin sambil memasak siakap Steam Limau. haha.. jangan jelous uolss.. woot woott..

Ok lah. Resepi ni adalah resepi kegemaran Adi sendiri dan juga Cik Maya Karin ;-) huhuhu... Belajar daripada Mek Siam dari Thailand, ibu saudara kepada Ong Bak. Memang Ummphhh Habis lah. tak caya? silalah cuba. Bahan bahan pon mudah jer untuk disediakan. cumanya kenalah rajin men Chop chop bahan bahan.


OK, disebabkan tempat mengukus yang Available dirumah cuma ada size yang comel jer.. so adi telah buang tulang tengah ikan siakap tu. boleh refer kat youtube mcm mana nak buang tulang tengah ikan tu. jimat sikit space. And... thank you Maya sebab siangkan i punya ikan.. hehehe.. jgn marah ehh uollss.. Love you Maya. haha.. gelak gedik sikit.

Resepi ni lagi sedap kalu kita tambahkan Jeruk bawang putih. see see?? yang tulis Thailand tu mcm sawadikap sawadikap tu.. tapi kalau takda, jgn lah susah hati, boleh ditukar kepada asamboi putih.. pon sedap. ok.. 

Maya jgk yang belikan tu.. Tq dear. ;p ( tangan kat bahu, mata pandang atas)


setelah mencincang dan mengadun bahan bahan tadi.. boleh lah memulakan proses Mengukus ikan tersebut. Yesss mudah kan? chop chop chop.. mix mix mix and kukus. 15 min siap. Siapa kata masak susah? nak tak nak jer. rugi kalau tak tau memasak sebab memasak ni adalah seni. tak gitu maya? kan? Orang yang tak reti masak, tempatnya adalah di kedai mamak. go awayyy.. dont touch me, i hatch yuuu.. hahaha.. ( lakonan semata mata bersama maya di dapur).


then After 15 min kukus ikan tu.. siap lah dia dan ready untuk di Serve. Mudah bukan? So Lunch hari ni makan siakap steam bersama nasi putih and ofcoz bersama Maya Karin. siap tambah nasik lagi Maya kan? heheeh.. ( tangan kat bahu mata pandang atas) sekali lagi..

puiii.. in your dream Adi.. in your Dream.. hahaha..


OK, Lets go to the Recipe.

Bahan Bahan di cincang

- Bawang Putih ( saya habiskan selabu ) <- betol ke?
- Jeruk bawang putih + Jus dia sikit 
- Halia
- Serai sebatang
- Sedikit daun bawang + daun ketumbar
- cili padi ( 10 biji ) cincang


selepas semua selesai dicincang.. masukkan dalam Al- Mangku kuk Wal hayyun, then campurkan dengan :


- Sos Ikan ( 4 sudu besar)
- Jus limau ( 2 biji limau )
- jus asamboi putih ( direndam dulu asamboi then ambik jus nya)
- Sedikit Air
- gula / garam sedikit.


Dah selesai part tersebut, so ambik ikan letak dalam tempat mengukus, dan siram Adunan tadi diatas ikan tersebut. Tutup pengukus dan kukus dalam 15- 20 min ( ikot saiz ikan ) 

kalau besar macam Azam Rasid kenalah lama sikit, tapi kalau setakat besar Ishak Ali, dalam 5 min dah masak dah. hahaha..


Begitulah ceritanya, time memasak dibantu oleh Cik Maya Karin (tangan dibahu mata pandang atas) lah sangatt... So cik maya Karin yang real punya.. kalau nak makan ikan siakap steam limau, meh ler sini, saya masak kan special untuk awak yeh. hehe..


p/s : ok serious aku nak gelak ni... hokeyy, silalah cuba yeh resepi kali ni 

" SIAKAP STEAM LIMAU MAYA KARIN"




ADINANG

5 comments:

  1. klu maya karin dah camni..camne lak rupe fsha sanda ...kannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dear unknown.. tu haa.. En. Subhi karim katanya nak masak Fasha Sandha pulak besok.. stay tune.. hehehe.. ketiak fasha sandha rebus kot ;p - ADINANG

      Delete
  2. hari sabtu tgk fasha sanda plak..muehehe

    - subhi karim

    ReplyDelete
  3. haha ikan besar aku kena masak pakai kawah...

    - azam rasid

    ReplyDelete
  4. dah rasa dah ni. rupa je ari tu lain sikit. maklumlah yang ni nak masuk belog. hahahhaa. Sedaaapppp! ;-)

    ReplyDelete