7 January 2013

Egg Crepe LaSangat


Egg Crepe LaSangat
by Jari Jemari Azam Rasid

 Haa tudia mai dah... Mesti korang tertunggu-tunggu kan hasil air tangan jari jemari aku...? Tak pun?
.
.
Okfine. (Rugi lah korang kalau close page ni serta merta.. sebab sesuatu bakal menanti anda! Ya bukan pakej videografi diskaun 90% yer...)
.
.
Dewasa ini, fenomena Durian Crepe telah melanda negara dengan ganasnya sehingga ada yg melabur ribuan ringgit semata-mata utk memborong kesemua durian dari apek USJ14 sebelah Petronas kecik ni... Bahkan tidak cukup dengan itu, hampir semua bos-bos telah cuba mengharamkannya dek kerana bau mulut besertakan bau durian yang harum semerbak menaungi pejabat-pejabat kerajaan dan swasta... Jadi selepas anda membaca entry ohsem ini, pastikan telur-telur ayam tidak kehabisan stok di pasaraya dan juga di reban ayam... LOL

Resepi kali ini mendapat ihlam bagaimana untuk menangani masalah bau durian di pejabat... Maka dengan itu terhasil lah satu menu yang ohsem nak arwah - Egg Crepe LaSangat !

Kenapa takde idea ke nak masak hari ni, Azam....? Pasti anda berkata begitu bukan? Sebenarnya anda silap... Ini adalah salah 2 resepi out of 265 resepi yang akan dikongsikan... (amacam ayat ni agak2 rasa cam nak kena bahan tak kat fesbuk? Silakan..)

Ok lah tanpa membuang masa.... switch on printer anda sekarang dan print satu page ini..!

.
.
.
Bahan-bahan yang digunakan.. sorry la.. nama je ada kamera full-frame tp amik gambar makanan takde artistik kan...


Ya kemudian gambar berikutnya... selepas bahan2 diatas disamuraikan dan mereka di campak ke dalam kuali bersama-sama sos-sos... jangan lupa letak minyak masak cap Murni ya!

Lepas tu pulak ini cara nak balut.. alaa senang je kan.. takkan nak kene buat video tutorial kot..

Orait.. tadaadadadaaa!! Mempersembahkan..... Egg Crepe LaSangat~ (baca dgn mulut muncung senget ketepi dan panjangkan bunyi dihujungnya seperti nada perli...)


Ok. Mesti korang cakap, "Ape ni macam telur bungkus jer!" .. Dah knape Durian Crepe tak panggil Durian Bungkus..? LOL

.
.
.

Egg Crepe LaSangat

Bahan-Bahannya (seperti sajian diatas)
- Telur 2 biji (1 biji utk 1 crepe)
- Ayam bahagian dada dicincang dadu (kalau bahagian tulang kan ke susah nak makan)
- Tomato 1 biji (dipotong dadu)
- Lobak merah 2 inci (dipotong dadu)
- Bawang merah 1 biji yg kecil (dicincang halus)
- Cili padi 2 biji (dicincang halus)
- Sos cili 3 sudu besar
- Sos tomato 4 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Lada hitam 1 sudu besar
- Mayonis Lady's Choice 1 sudu besar
- Garam secukup rasa


Cara memasaknya

1. Goreng semua bahan cincang (ayam, tomato, lobak merah, bawang, cili padi) didalam minyak 3 sudu besar dan setelah ayam masak, masukkan semua sos-sos tadi bersama lada hitam. Kemudian masukkan garam secukupnya jangan sampai masin. Dan masak la sampai menjadi sedikit pekat. Then tutup api untuk menjimatkan gas anda.
2. Pukul telur bersama mayonis. Kemudian tuang kedalam kuali. Dan masukkan bahan goreng tadi dan balut kemas-kemas.
3. Siap utk dihidangkan...
4. Share resepi ini jika anda suka! ;-)



Azam Rasid










5 comments:

  1. hahahahaha...ohsem..ohsem...mohon share resepi...

    ReplyDelete
  2. malam ni nak makan 'egg crepe lasangat' lah... yeah ohsemmmm

    - ohsemwok, subhi karim

    ReplyDelete
  3. Azam.. yang kali ni nama takda alakazam plak eh? nampak sungguh licik permainan crepe dia tu.. dah last last baru dpt tau yg ianya adalah sebuah telo bungkus.. ciss

    - ADINANG (ohsemwok)

    ReplyDelete
  4. ahaha~ padahal takde idea nak masak apa.. bukak peti ais tgk apa sisa-sisa yg ada.. belasah jadi egg crepe kan.. baru iron chef..

    ReplyDelete