3 January 2013

Barramundi Portugese Alakazam

Barramundi Portugese Alakazam
by: Azam Rasid

Assalamualaikum, Olá!
Hari ni giliran saya pulak melaksanakan misi ohsemwok 365/2013! Ini merupakan resipi ketiga untuk blog yang dahsyat ini...
Pernah makan tak ikan/ayam/sotong/lala/siput/kepah/ayam/itik masak ala portugese? Kalau tak penah, maknanya anda masih belum melengkapi menu sepanjang hayat anda... oh kesian kan?
Ok takpe, malam ni saya nak kongsikan resepi Barramundi Portugese Alakazam yang mana baru je lepas makan tadi... Kenapa ade Alakazam? Jangan tanye... hehehehe!
Barramundi? tak kenal ikan apa? pegi google sekarang! (ok ok.. ikan siakap ler..)
BTW, resepi ni sangat enak lazat meletop jikalau guna ikan jenahak bersaiz peha Adi... (upss! jangan marah yer Adi.. ehehehe)
Memandang tadi pegi pasar tak jumpa ikan jenahak, so belasah je lah ikan siakap ni...

Diatas adalah beberapa bahan yang diperlukan... tak tangkap gambar semua sebab masak kelam kabut tadi sebab si Ishaq dok kalut whatsapp suruh uplod menu harini.. -_-"
Takpe nanti kat bawah ade senarai penuh yer...
Bahan2 diatas hendaklah di cincang2 bak samurai... dan dimasukkan dalam blender panasonic (atau anda ada blender yg lebih mahal.. gune je la..)... oh ya! jangan pegi cincang ikan tu plak...!
Kemudian bahan kisar tadi di masak terlebih dahulu hingga naik bau nya... Cara nak masak? japgi baca kat bawah...
Ok, ini namanya hantu balut aluminium.. LOL!
Bahan2 kisar yang dah dimasak di gaulkan bersama ikan dan dibalut dengan foil seperti gambar diatas dan di masak pada tahap api yang minimum selama.... sampai ikan masak. Sila bukak dan check ikan dah masak ke belum ye...
Taddaaaaaaaaaaa~ Siap sudah! Maka hiasilah ikan mu itu dengan hiasan yang mempersonakan... ^_^
.
.
.
Ok bai.
.
.
.
Eh sorry... lupa nak bgtau senarai bahan2 dan cara masak plak kan.. hehehe... ok sila baca seterusnya...


Aturcara Memasak - Barramundi Portugese Alakazam.

Bahan-Bahannya
1 Ekor ikan siakap (barramundi) bersaiz setengah kilo. Atau apa2 jenis ikan yang anda suka.
2 biji limau kasturi utk perah lepas siap masak
2 camca besar jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit 2 helai utk buat lapik dlm foil
Aluminium foil secukupnya utk balut ikan tadi

BAHAN KISAR HALUS 
3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili giling/cili boh
4 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh belacan bakar
1 camca besar serbuk kari ikan (brand apa pun sama ja)
5-6 biji cili api (nak pedas sila tambah seplastik)
3 kuntum bunga kantan, hiris halus (letak lebih bau pun lebih)
3 camca besar kicap pekat
secubit Secukup Rasa Maggi


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, buang insangnya dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan dan sementara itu kita buat sambal.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. 
  3. Ikan dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun kunyit susun dalam aluminium foil. Sapu sedikit sambal yg dah dimasak tadi diatasnya, letak ikan tadi dan sapu sambal diatas dan tabur sedikit hirisan bunga kantan. Sampai habis sambal dan balut ketat2 foil tadi. 
  4. Kemudian bakar diatas frypan atau oven hingga masak. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi serta hiasan yang mempersonakan.
  5. Hidangkan dengan ikan masin goreng bersama nasi putih dan air kosong. :-)
  6. Share resepi ini!















3 comments:

  1. Ini sangat ohsem!! Menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.. silalah mencuba yeh cik misz beauty ;-)

      Delete
  2. sebab nama azam rasid.. pastu letak nama resipi alakazam... pui.. publisiti murah-han.. wakakakak

    ReplyDelete