Lele Kencur ( Masak Lemak Cekur Ikan Keli )
by : Adi Nang
Kabere kang..
today is recipe from jawa.. lets talk jawa. hahahaha.. Masak Lele Kencur ni adalah masakan tradisi family adi. Dalam Bahasa Melayu nya kita boleh sebut, ikan keli masak lemak cekur. Haa.. senang sikit nak faham kan? Kaedah memasaknya lebih kurang macam masak lemak cili api tapi dalam resepi ni kita tak guna langsung kunyit, tapi kita tukarkan kepada cekur. tau tak apa itu cekur? or kencur? well.. benda yang sama jer.. biasanya cekur digunakan dalam membuat kuah pecal. Aroma cekur ni memang lah sangat marvelous. silap haribulan memang boleh terlioq.
here.. presenting... Lele Kencur ( berikan tepukan) ;p
OK, Resepinya mudah saja. mula mula kita perlukan ikan keli, or jawanese speak, iwak lele. saya gunakan dalam 5 ekor ikan keli. sesuai untuk seisi family.
LELE KENCUR
Step 01 - Penyediaan Bahan bahan :
- Ikan Keli 5 Ekor
- Cekur ( dalam 6-7 biji gitu )
- Cili padi ( ikot suka korang )
- Bawang putih ( 2 biji )
- bawang putih (3 ulas )
- Santan kelapa
- sedikit hirisan daun cekur (dihiris)
- Serai sebatang (diketuk)
Step 02 - Goreng Ikan Keli tersebut sehingga garing / boleh jugak di bakar or disalai.. lagi sedak bohh.. memang lagi menarik kalau ikan keli ni dibakar. sekian. saya malas, lalu saya goreng sahaja. terpulang pada citarasa individu.
Step 03 - masukkan semua bahan bahan tadi kecuali santan, serai dan ikan keli dalam lesung batu. dan kita tumbuk semua bahan tersebut sehingga lumat. Masa ni kalau korang rasa menyampah dengan seseorang, opismate ke, bekas kekasih ke, bekas kek ke, or husband anda sendiri ke or nenek tiri jiran anda ke.. time ni lah gunakan kesempatan. anggap sahaja muka orang yg anda menyampah tu didalam lesung batu tu.. tumbuk tumbuk dia sehingga lumat.
Haa.. rasa lega sikit kan? tu lah pasal.. memasak ni pon boleh menghilangkan stress tau. ok, tumbuk jer, jangan memain. ;-) jangan lupa remove kulit cekur tu dulu sebelum guna.. ok, satu tips berguna, lagi tua cekur tu lagi sedap lah aroma masakan ni.
ok? dah tumbuk dan dah rasa lega sikit kan? hebat lah korang.. siap ada buat aksi ong-bak lagi masa menumbuk tu.. terpulanglah, asalkan ianya lumat. so.. mari kita ke langkah seterusnya...
Step 04 - Masukkan bahan hasil tumbukan kungpow anda or tumbukan padu maut anda kedalam periuk masakan. masukkan semuanya, lesung batu jangan dimasukkan sekali.. biarkan ianya diluar periuk, pegi basuh jer.. then masukkan santan.
Dan masa ni boleh jugak masukkan sebatang serai yang diketuk kedalam masakan. dah lah menumbuk tadi kan? ni pulak ketuk.. adoiii.. memang hilang stress lah memasak menu ni. ;-) Soo.. jgn emosi emosi lagi yeh kaknon kaknon and diknonss semua. teruskan je memasak.
Step 05 - Masak semua campuran sehingga mendidih.. biarkan periuk anda mendidih, tapi hati korang kool. jangan hati korang jugak mendidih sudah lah.. And, last but not least.. masukkan hirisan daun cekur kedalam masakan daun daun yg muda yeh, ambik part pucuk cekur tu bagus, kalau takda pon takpa, hukumnya hanya sunat sahaja, bukan wajib...
Step 06 - Final step.. kuah dah masak.. ikan dah digoreng/dibakar.. then tuangkan kuah keatas ikan keli tersebut.. siap untuk dihidang.
Done. mudah bukan? so boleh lah mencuba dan share resepi ni dengan kawan kawan.. Menu ni memang antara kegemaran adi jugak ni. well.. orang jawa lah katakan. tapi tu lah sedihnya.. walaupun saya orang jawa, tapi masih kurang fasih berbahasa jawa.. ruginya lah. faham apa orang cakap, tapi tak pandai nak cakap balik dalam bahasa jawa.
Resepi ni memang turun temurun adi belajar dari Arwah emak adi tapi telah di improvise oleh mama adi pulak. hasilnya tetap menarik dan lazat. apepon, sangat berbaloi untuk mencuba. sedap sehingga menjilat siku.
sehingga bertemu lagi dilain hari dan menu yang berlainan. Doakan misi kami ni berjaya yeh. Ohsemwok - 365 day with 365 ohsem recipies. Share if u like. terima kasih semua pembaca.
ADINANG
fav si ishaq ali.suka sgt makan ikan ni....
ReplyDeletetau dah... berebut nak masak mendaalah ni.. last2 aku dulu yg masak.. haha
Delete- adinang
berana apa kah? indonesia mari ni.. wong jowo
ReplyDelete-adinang