Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

21 January 2013

Stone Cold Masak Sambal

Stone Cold Masak Sambal
by:- Ishaq Ali

assalamualaikum W.B.T.
 salam sejahtera..eh dah mcm baca berita la plak..ok arini aku masak ikan tongkol masak sambal..saje letak tajuk stone cold sbb bunyi lebih kurang je..wahahah...sangat mudah dan segera..pada aku la..ikan tongkol pun ada masalah jugak...


bahan-bahannya ialah:-


beberapa tongkol ikan tongkol...



bawang besar, bawang putih dan cili giling
(buat sendiri lagi sedap)



goreng ikan dengan serbuk kunyit dan garam..dah siap ketepikan dulu..
kendian tumis segala bawang sampai naik bau terus masukkan cili giling
biar sampai naik minyak(timbul minyak ye)
masukkan ikan yg digoreng tadi dan letak bahan perasa (garam,gula.msg)
aku tak suka letak msg atau aji
aku letak gula sikit untuk rasa manis sambal tu..
letak air asam jawa sikit untuk menimbulkan rasa asid(amboi da mcm chef)
kalau tanak letak asam keping ke atau letak sos tomato pun boleh..



dah siap....eh? makan ngan nasi panas pastu letak kicap lemak sket
pppeeerrrgghhhh...tambah 2 kali nasi lah..( resepi tak bagus tuk org diet ok) ahahahaa
selamat mencuba dan hati-hati memandu...!


aku nak buat benda lain tapi tak sempat sbb
nak g shopping ngan bini aku...okbai..

10 January 2013

Siakap Steam Limau Maya Karin

Siakap Steam limau  Maya Karin
by : Adi Nang


Hai Semua... Turn saya kedapur pula kali ni. Resepi kali ni saya bawakan Maya Karin untuk kedapur rumah saya. Ye saya tidak berseorangan kali ni di dapur, ditemani Maya Karin sambil memasak siakap Steam Limau. haha.. jangan jelous uolss.. woot woott..

Ok lah. Resepi ni adalah resepi kegemaran Adi sendiri dan juga Cik Maya Karin ;-) huhuhu... Belajar daripada Mek Siam dari Thailand, ibu saudara kepada Ong Bak. Memang Ummphhh Habis lah. tak caya? silalah cuba. Bahan bahan pon mudah jer untuk disediakan. cumanya kenalah rajin men Chop chop bahan bahan.


OK, disebabkan tempat mengukus yang Available dirumah cuma ada size yang comel jer.. so adi telah buang tulang tengah ikan siakap tu. boleh refer kat youtube mcm mana nak buang tulang tengah ikan tu. jimat sikit space. And... thank you Maya sebab siangkan i punya ikan.. hehehe.. jgn marah ehh uollss.. Love you Maya. haha.. gelak gedik sikit.

Resepi ni lagi sedap kalu kita tambahkan Jeruk bawang putih. see see?? yang tulis Thailand tu mcm sawadikap sawadikap tu.. tapi kalau takda, jgn lah susah hati, boleh ditukar kepada asamboi putih.. pon sedap. ok.. 

Maya jgk yang belikan tu.. Tq dear. ;p ( tangan kat bahu, mata pandang atas)


setelah mencincang dan mengadun bahan bahan tadi.. boleh lah memulakan proses Mengukus ikan tersebut. Yesss mudah kan? chop chop chop.. mix mix mix and kukus. 15 min siap. Siapa kata masak susah? nak tak nak jer. rugi kalau tak tau memasak sebab memasak ni adalah seni. tak gitu maya? kan? Orang yang tak reti masak, tempatnya adalah di kedai mamak. go awayyy.. dont touch me, i hatch yuuu.. hahaha.. ( lakonan semata mata bersama maya di dapur).


then After 15 min kukus ikan tu.. siap lah dia dan ready untuk di Serve. Mudah bukan? So Lunch hari ni makan siakap steam bersama nasi putih and ofcoz bersama Maya Karin. siap tambah nasik lagi Maya kan? heheeh.. ( tangan kat bahu mata pandang atas) sekali lagi..

puiii.. in your dream Adi.. in your Dream.. hahaha..


OK, Lets go to the Recipe.

Bahan Bahan di cincang

- Bawang Putih ( saya habiskan selabu ) <- betol ke?
- Jeruk bawang putih + Jus dia sikit 
- Halia
- Serai sebatang
- Sedikit daun bawang + daun ketumbar
- cili padi ( 10 biji ) cincang


selepas semua selesai dicincang.. masukkan dalam Al- Mangku kuk Wal hayyun, then campurkan dengan :


- Sos Ikan ( 4 sudu besar)
- Jus limau ( 2 biji limau )
- jus asamboi putih ( direndam dulu asamboi then ambik jus nya)
- Sedikit Air
- gula / garam sedikit.


Dah selesai part tersebut, so ambik ikan letak dalam tempat mengukus, dan siram Adunan tadi diatas ikan tersebut. Tutup pengukus dan kukus dalam 15- 20 min ( ikot saiz ikan ) 

kalau besar macam Azam Rasid kenalah lama sikit, tapi kalau setakat besar Ishak Ali, dalam 5 min dah masak dah. hahaha..


Begitulah ceritanya, time memasak dibantu oleh Cik Maya Karin (tangan dibahu mata pandang atas) lah sangatt... So cik maya Karin yang real punya.. kalau nak makan ikan siakap steam limau, meh ler sini, saya masak kan special untuk awak yeh. hehe..


p/s : ok serious aku nak gelak ni... hokeyy, silalah cuba yeh resepi kali ni 

" SIAKAP STEAM LIMAU MAYA KARIN"




ADINANG

2 January 2013

ASAM PEDAS A-FAMOSA


ASAM PEDAS MELAKA
by : Adi Nang

Salam semua.. hari ni giliran adi pulak yang kedapur untuk melengkapkan misi 365/2013 ni. Resepi kedua untuk belog ini pada kali ini Adi pilih daripada Melaka. Memandangkan baru sahaja balik dari kota bersejarah dua tiga hari lepas.

Untuk resepi asam pedas ni Adi pilih ikan merah sebagai Main subject, kenapa ikan merah? kenapa tak ikan hijau? biru dan sebagainya kan? haa.. dah agak.. mesti ada soalan mcm tu punya..
ada dua jawapan. jawapan pertama.. suka hati aku lah nak guna ikan apa. ada aku kesah. ok, jawapan yg kedua dan agak reasonable, sebab seefoo saya orang melaka, iaitu tokey Asam pedas kat Melaka, dia cakap.. byk byk ikan, ikan yang paling sedap utk dibuat asam pedas adalah ikan Merah.


ini antara bahan bahannya yang utamalah, and ofcoz mestilah ada ikan merah.. oklah.. klu tak suka ikan merah takpa.. guna lah ikan apa apa yang korang suka, nak lagi gempak, gunalah.. IKANO power center.. hahaha.. conform gempak habes..


tadaa... inilah hasilnya setelah penat mengangkang kat dapur... haaa.. asam pedas kangkang.. eyh. ok ok.. Lets serious.. dan ini adalah resepinya dan cara-cara nak buat. Perhatikan betol-betol.. fokus! ;p



ASAM PEDAS A FAMOSA

Bahan untuk dikisar :

- Cili Kering dlm 9 tangkai.
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 3 biji
- Serai 2 batang
- Kunyit Hidup
- Halia
- Belacan ( seeloknya dibakar dahulu)
- sedikit jintan manis & jintan putih (agak agak sudeh)


Bahan tambahan :

- Tomato 2 biji (dipotong 4)
- 4-5 tangkai daun kesum
- Asam jawa yang dibancuh dgn 400 ml air.
- Bendi ( saya guna dalam 6 biji )
- minyak untuk menumis
- Black paper

cara-cara penyediaan :

Mula mula.. baca bismillah.. pastu panaskan periuk, buh minyak utk menumis dan tumis semua bahan yang dikisar itu. teknik yang saya belajar adalah dengan memasak bahan kisar ini dengan api yang sederhana dan lama supaya sebati betol- betol dan masak rata cili yang kita kisar itu..

Kemudian.. setelah confident bau dah naik, dan nampak minyak sudah keluar.. dengan ceria sekali, tuangkan air asam jawa itu.. kacau sehingga sebati..

 Kemudian...

Masukkan Ikan Merah, Bendi, Tomato, daun kesum and Black paper. biarkan ianya reneh seketika sehingga korang rasa ikan dan semua bahan tu dah cukup masak.

Masukkan garam and seasoning secukup rasa korang

tutup api, tutup periuk.. and ready to serve.

Mudah kan?




Sedikit Tips dari tok guru saya : untuk mendapat hasil asam pedas yang betol betol kaw, semasa menumis itu, biarlah lama dan api yang sederhana panas.. lagi lama lagi kaw asam pedas tu boleh pegi. kurangkan bawang dan lebihkan cili..  dan asam pedas haruslah pandai diimbangi dengan rasa Masam Pedas dan masin, 3 faktor tu kena ada... tak percaya boleh cuba. ;-) 

ADINANG


1 January 2013

hari pertama menu pertama

TUMIS PELIKAT AYAM
by : ishaq ali


Selamat datang ke dalam belog kami yang tak seberapa ni...tujuan belog ni just nak share hobi kami je..iaitu MEMASAK..iye memasak..kami suka masak..walaupun bz buat keje lain tapi kami cuba nak luang masa untuk memasak..

ok belog kami ni akan update sehari sekali untuk tunjukkan masakkan kami sebab tu kepala belog ni tajuknya 365 hari..so kiranya akan ada 365 menu la..jeng jeng jeng menu kami yang untuk hari yang pertama terimalah...


TUMIS PELIKAT AYAM




tumis pelikat ni resepi dari turun temurun keluarga haji buyong..kenapa namanya pelikat aku pun taktau..ha takdak ada juai kat kedai punya..memang payah la nak jumpa kalau ada kat Parit Raja,Johor...tu pun keluarga kami yang jual..menu khas untuk yang suka makan pedas sebab guna cili padi..dia macam masak lemak cili api tapi bezanya dia tumis guna minyak..nampak tak minyak tu..tak sesuai untuk orang diet ok..makan dengan nasi panas pulak tu memang meleleh air hidung..sapa-sapa yang taknak ayam boleh tukar dengan ikan keli ke ikan apa2 la sukati korang...ok ni lah resepinya...

TUMIS PELIKAT:

bahan-bahan (untuk di blender)
- serai 2 batang
- bawang putih 3 ulas
- bawang besar 3 biji@ bawang kecik 
- kunyit hidup 1/2 inci(tadi lupa plak beli kunyit so aku guna serbuk kunyit pun boleh)
- cili api@ cili padi segenggam (kalau nak pedas letak banyak-banyak la)

- ayam 6 potong @ ikan (sukati korang la)
- asam jawa secukup rasa (asam keping pun ok)
- minyak satu cawan untuk tumiskan benda-benda yang di blender tadi
- garam 3 guni (ahahahaha secukup rasa la)
- MSG (aku tak guna msg sbb aku tak suka guna)

cara-cara masak:
- kisar semua benda yg perlu dikisar tu pastu panaskan minyak dalam kuali..tuangkan benda yg siap di kisar tu ke dalamnya..terus masukkan ayam (kalau ikan tggu nak timbul minyak baru masukkan tau kalau tak hancus ikan tu..) da nak timbul minyak masukkan garam secukup rasa dan asam jawa @ asam keping... tggu lama sikit sampai dia betul-betul pekat sikit..da siap..ha kan senang masak benda ni kan..tak susah mana pun..boleh la di hidangkan dengan nasi panas...(jangan lupa masak nasi pulak)

ok tu je resepi untuk hari pertama tahun ni dari aku....tggu la esok pulak iye dari adi nang sekian terima kasih...

:- xoxo puih la ahahahha