23 February 2013

Ayam golek Resepi Emak Rose

Ayam Golek
by : Adi Nang


Salam semua,


Bertemu lagi sekali kita didapur Adi nang, well.. walaupun banyak perkara yang terjadi di belog ohsem ni, tapi kami masih setia mengupdate resipi resipi, insyaallah. nampak gayanya angan angan kami untuk mengupdate resepi setiap hari dah menampakkan jalan buntu, tapi kami tetap dengan semangat untuk berkongsi resepi melalui belog ni. dalam masa dua minggu ni, kami dikejutkan dengan pengunduran Subhi Karim daripada geng ohsemwok ini disebabkan oleh sebab sebab tertentu, terutamanya tuntutan kerja, tapi beliau masih bersama Ohsemwok sebagai penyumbang resepi untuk belog ini secara sambilan.

Dalam masa yang sama juga, tempat beliau telah digantikan dengan Fariz Muhazir, Fariz jugak merupakan seorang photographer dan hebat sangat masakannya serta handsome tapi dah tak available, yang available saya sorang jer. hahahaha... Apepon matlamat kami disini hanya untuk share resepi di belog ini. yang penting kita enjoyyyy!!! ;-)

doakan kami juga untuk hari hari yang mendatang ini,

fuhh.. dah 2 bulan kot belog ni beroperasi, walaupun matlamat utama iaitu 365 days with 365 recipies semakin mustahil untuk kami jalankan, tapi insyaallah kami akan usahakan berkongsi resepi dengan anda semua, Maklumlah, photograppher and videographer seperti kami ni memang agak sukar sikit untuk beri komitmen disebabkan oleh jadual jadual kerja yang tak menentu. apepon pihak kami memohon maaf sekiranya ada kejanggalan dalam melaksanakan tugasan ohsemwok, yang pastinya, resepi resepi tetap akan dikongsi didalam belog ini dan ianya dijamin Ohsem dan simple.

ok, here we go to the recipe


AYAM GOLEK RESEPI EMAK ROSE

Sebuah Resepi tradisi yang adi dapat daripada Arwah emak adi sendiri, Rosminah Sulaiman  (AL-FATIHAH). semoga sesiapa yang sukakan resepi ini, pahalanya diperoleh oleh Arwah emak adi, saya hanya meyumbangkan resepi yang Arwah emak ajarkan pada saya...

Dulu masa kecik kecik, kalau nak makan ayam golek or ayam panggang, ini jer lah yang akan disediakan oleh emak adi. memang takda cara lain. rempah ratus dan bahan bahannya adalah sama. tak kira lah dibakar melalui oven kotak hitam cap bunga raya (yang tenggek kat atas dapur gas) tu ataupun dibakar secara open air ( bakar bawah pokok guna unggun api ), resepi keluarga kami punya ayam golek tetap sama.


Bahan bahan untuk Marinade


  • Ayam seekor ( saiz comel )
  • bawang merah ( 5 biji)
  • bawang putih ( 6 ulas )
  • serai ( 2 batang)
  • Halia ( dalam seinci)
  • kunyit hidup or serbuk
  • gula perang
  • gula biasa
  • sedikit garam
  • MSG sedikit
  • madu asli sedikit
  • rempah campuran ( ketumbar/ jintan manis / jintan putih) disangan dengan api yang kecil sehingga ringan dan dikisar, guna dalam 2 sudu makan.
  • kentang ( di wedges or potong dadu sumbat dalam perut ayam). kalau nak sumbat udang pon best jugak.


Cara cara penyediaan.
  1. Semua bahan bahan tadi dimasukkan kedalam pengisar dan kisar halus. kecuali ayam dan kentang, kalau ayam tu korang kisar habislah cerita ayam golek kita ni... takda harapan lah.. jadilah ayam kisar panggang nanti.. hahaha... harus bijak dalam memasak, jangan jadi lurus bendul ;p
  2. Dah kisar semua bahan rempah tadi kita perap ayam selama sekurang kurangnya 4 jam, nak lagi sedap, marinade malam dan kita bakar tengahhari besoknya, simpan dalam fridge dan pastikan ianya bertutup, supaya tidak berbau rempah fridge anda nanti....
  3. Boleh dibakar melalui oven or digolek golek menggunakan unggun api (cara Hang Tuah) tapi saya memilih untuk dibakar melalui oven jer sebab mudah dan saya boleh layan cerita Tamil kat Astro Tangathirai 951. 
  4. masak didalam oven selama 1 jam (450 degree ) or sampai dia masak, sambil sambil tu boleh bukak oven dan sapukan lebihan rempah yang dicampur dengan minyak keatas ayam.. dan bakar semula.
  5. siap dan sedia untuk dihidang...

 sehingga itu, jumpa lagi dan terima kasih kerana sudi membaca, sila share dan hebahkan.. huhu

XOXO
Adinang.

1 comment:

  1. lawak gile mengalahkan maharaja lawak....resepi nak cuba thks

    ReplyDelete