16 February 2013

Masak Lomak Daging Salai Sri Menanti

By: Fariz Muhazir
Assalamualaikum, hye hari ni saya post lagi entry masakkan....kali ni saya share masakkan dari nogori sembilan... Selamat mencuba

Bahan-bahannya:

  • Daging lembu (disalai dan dihiris kecil)
  • Cili padi (dikisar halus) - kuantiti ikut kepedasan yg korang nak
  • Serai (ditumbuk)
  • Kentang ( part yang ni boleh diganti dengan bacang/rebung)
  • Kunyit hidup (dikisar halus & pakai sikit je)
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • Santan
  • Asam keping
cara memasak:
untuk masak ni kuali/periuk diperlukan :)
  • Masukkan daging + kentang + cili + kunyit hidup + serai dan masukkan air dan biar sehingga kentang empuk.
  • Bila kentang dah empuk dan air yang kita masukkan tadi tu dah kering, sila masukkan santan dan kacau.
  • Kemudian, masukkan kunyit serbuk untuk dapatkan colour menarik (jangan banyak sangat)
  • Garam jangan lupe masukkan, sesedap rasa
  • Bila dah santan mula mengelegak, tutup api dan SIAP!

p/s: masakkan ni lagi pedas lagi meletop....heeee

No comments:

Post a Comment