8 February 2013

Butter Chickacheezy

Butter Chickacheezy


Salam Jumaat semua! Semoga hari yang mulia ini kita mendapat keberkatan... Para lelaki akil baligh, sila wujudkan diri anda di saf masjid tgh hari ni yer... jgn nak ngelat uzur bagai... yang pompuan, haa bole try resepi ni utk makan tgh hari ngan laki masing2... :-)

Ok, resepi ni diadaptasi dari udang goreng mentega... dah boring guna udang, then tukar ke ayam lah kan... cuma kali ni tambah cheese... so lebih layan bila makan bersama keluarga ataupun pakwe/makwe anda...


Semestinya bahan-bahan yg diperlukan adalah:

- Ayam dipotong2
- mentega
- bawang putih dicincang
- mozarela cheese
- daun kari
- lada hitam
- sedikit chicken stock
- 2 biji kuning telur sahaja


Pertamanya, goreng dulu ayam tadi bersama minyak dan chicken stock... ikut suka la nak deep fried ke, nak grill ke.. janji masak...


Sambil2 dok goreng ayam tu... korang goreng bawang putih dan daun kari bersama mentega... ya mentega sahaja! jgn sampai hangit yer.. perlahankan api... sabar sket...


Kemudian, masukkan ayam yg dah masak tadi kedalam gorengan mentega tadi... sambung gorengan anda... kemudian masukkan kuning telur dan kacau laju2 bagi dia hancur... pastu gaul2 mereka semua sampai sebati...
Then, tos kan minyak mentega tadi.. guna laa penapis besi besar ye... amik ayam ngan isi2 telur hancur tadi saja... daun kari yg garing tu pun sedap gak.. amik skali k...


Selepas tu susun dalam pinggan.. dan campakkan mozarela cheese tadi atas ayam.. ikut lah nak byk mane.. kemudian masukkan dlm microwave atau oven korang... bagi dia melting sket atas ayam tadik...
So dah siap.. maka boleh makan dah! hahaha~

Senang kan?

Selamat mencuba!


Azam Rasid








2 comments: