3 February 2013

Yee Mee Wong Fei Hong


Yee Mee Wong Fei Hong
by : Adi Nang



Selamat berhujung minggu semua, menu hari ni adalah menu orang malas. Dont worry, senang jer nak masak yee mee ni. ringkas dan mudah. tak perlu berkungfu pon kat dapur untuk menyediakan wong Fei Hong ni. cincai maaa...
wo che mei choy pak si yaw fuuuyoooo... haa.. maksudnya? aku pon tak tau. fuyoo jer yg tau.


Bahan- bahan pon ringkas jer.. sah sah memang ada dalam dapur korang. sesuai dijadikan makanan emergency dikala lapar selain mencekik meggi. Sebab meggi tak baik utk kesihatan yeh. harap maklum. dan pada yang tak kenal yee mee tu apa, hah.. sila rujuk gambarajah.. yang bergulung macam sanggul mak enon tu lah yeemee. boleh didapati di pasaraya berdekatan. carik yang ada logo halal.



YEE MEE WONG FEI HONG

Step 01 - Penyediaan bahan bahan :
- yee mee
- sebiji bawang merah (finely chopped)
- sebiji bawang putih (finely chopped)
- daging ayam
- halia
- sos tiram sedikit
- kicap sedikit

Step 02 - Rendam yee mee didalam air panas seketika...

Step 03 - Open fire.. kuali.. masukkan minyak utk menumis, tumis bawang putih+merah+halia.. masukkan Ayam dan kacau.

Step 04 - Masukkan sedikit kicap dan juga sos tiram dan boleh jugak sedikit perahan limau jika suka dan cili potong kalau suka pedas. last masukkan yeemee yg dah direndam. gaukan. kalau nak tunag kuah atas mee pon boleh.. sukahati korang lah.

Step 05 - Done.. sedia untuk dihidang, boleh di serve dengan telor mata kerbau juga. memang fuuyooo..





ok Guys, jumpa lagi nanti dilain resepi. selamat berhujung minggu dan selamat berkasih sayang. silalah share resepi ni kalau berminat. mudah, ringkas dan fuuyooo.. dah makan ambik pencungkil gigi sambil layan cerita kungfu. terbaikkk..

Chau shin chi.

ADINANG

No comments:

Post a Comment