7 February 2013

My Arjuna's Pasta

Spagetty Arjuna
by : AdiNang

Hi semua... kali ni Adi nak tunjukkan Menu kegemaran anak teruna adi yang bernama Umar Arjuna. Almaklumlah, hero saya ni memang susah betol nak makan, so bila tau jer yang dia lebih gemarkan makanan ala-ala pasta ni, memang salah satunya adalah spagetty. Biasalah, tekak italy sikit anak teruna saya tu. jangan tak sedar diri tu jawa, sudah lah..

Menu yang sangat simple dan mudah sahaja untuk disediakan. bayangkan bila Umar Arjuna kata.. 
"papa, lapar.. " *** Desyummm*** dalam 5-10 min dah ready dah.. hahaha.. oklah, selain ianya seimbang, sesuai untuk kanak kanak dan juga ibubapa serta tokmom and tokdad.



Here we go for the recipe.. kali ni nak menaip jer lah.. malals nak tulis step by step. haha.. orait sila baca dan catit resepi yeh.. mula mula kita perlukan..

Bahan bahan :

- Spagetty
- Tomato
- garlic (dua ulas)
- minced beef (sedikit)
- Cream or susu sejat marigold ( dalam 5 sudu )
- oyster sause ( 1 sudu)
- Meatball readymade ( Ramly)
- Fresh parsley untuk hiasan.

Kemudian, ambik spagetty, buat macam biasa, rebus.. gila ko spegetty nak goreng.. mestilah rebus. jangan terlalu overcook sebab hilang kekenyalan spegetty tu nanti dah tak sedap. masukkan sedikit garam semasa merebus. dah siap toskan letak kat tepi.

Mulakan kisah baru dengan memanaskan kuali dengan sedikit olive oil, tumis garlic cincang tadi.. dah sedap aroma, masukkan daging cincang tadi. saya gunakan brand encik ramly jer. then masukkan juga meatball dalam 3-4 biji..

dah agak agak hampir masak tu, tuangkan sedikir cream, oyster sause dan tomato ceri. tomato kita masukkan sebelum masukkan spegetty sebab taknak terlalu masak. so last but not least... spegetty. kacau dan seasoningkan dengan salt & pepper.

Done. dan taburkan fresh parsley (finely chopped) diatas spagetty tadi.




senang kan?

Alhamdulillah bila tau selera anak kita nak makan apa, senang untuk kita sediakan. My son boleh habiskan spagetty ni dia sorang jer. tapi kena main dengan "game" lah. hahaha GAME?

Game nya ialah... setiap kali dia tengok TV or cartoon, saya akan jadi penjaga tol PLUS hiway.. dan my son akan konon konon bawak car dia then nak bayar tol. bayar tol dengan kaedah menyuap spagetty ni kedalam mulut beliau.. sehinggalah habis. dah habis, kenyang, conform carik bantal pelok dan tidor. And papa pon boleh buat kerja dengan tenang.. fuuhhhhh...

Sekian untuk masa ni, and selamat mencuba. Sharing is caring. sila share resipi ni yeh.

XOXO

ADI NANG


No comments:

Post a Comment