15 February 2013

Ayam Pangang Rosmary Meletopss


First time nak upload resepi kat sini, harap dapat sharing kat semua... Resepi ni sangat simple dan tak perlu nak tunggu kat dapur... Sambil masak boleh tengok tv...

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam (buang kepala, kaki, isi perut & bulu ayam..... Hehe)
  • Bawang besar 4 biji (satu biji belah empat)
  • kentang cath (boleh dapat kat tesco)
  • Rosmary Herb (3 sudu besar)
  • Serbuk lada hitam
  • Olive oil
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Mix Herb (boleh dapat kat tesco)
  • Garam
Cara Memerap Ayam
  • Ambik ayam cuci dan bersihkan ayam
  • Ambil olive oil, lumurkan pada badan ayam
  • Kemudian ambik bawang putih yang ditumbuk, sapu di badan ayam dan dalam ayam sekali
  • Taburkan 3 sudu rosmary herb, 2 sudu mix herb dan lada hitam 2 sudu besar
  • Sebatikan bahan-bahan tadi
  • Letak sedikit garam
  • Masukkan bawang besar dalam perut ayam
  • Ikat ayam (sila youtube....)
  • Perap ayam selama 1jam
Cara Masak Ayam

Cara memasak ni boleh guna 2 cara sama ada guna oven @ microwave...macam saya ade microwave..senang kata guna je ape yang ada.
  • Keluarkan ayam yang dah perap tadi dalam kuali microwave
  • Letak kentang dibahagian tepi ayam
  • Masuk ayam dalam microwave
  • Setting to medium high (ikut yg sy punye microwave)
  • Masak ayam selama 30minit
  • Kemudian keluarkan ayam selepas 30minit dan keluarkan minyak yang ada + terbalikkan ayam
  • Masak selama 30minit lagi (selepas tu ulang cara di atas)
  • Masak 20minit lagi ayam tu
  • Ayam ready :)
Selamat mencuba...

1 comment: