Showing posts with label resepi ringkas. Show all posts
Showing posts with label resepi ringkas. Show all posts

7 February 2013

My Arjuna's Pasta

Spagetty Arjuna
by : AdiNang

Hi semua... kali ni Adi nak tunjukkan Menu kegemaran anak teruna adi yang bernama Umar Arjuna. Almaklumlah, hero saya ni memang susah betol nak makan, so bila tau jer yang dia lebih gemarkan makanan ala-ala pasta ni, memang salah satunya adalah spagetty. Biasalah, tekak italy sikit anak teruna saya tu. jangan tak sedar diri tu jawa, sudah lah..

Menu yang sangat simple dan mudah sahaja untuk disediakan. bayangkan bila Umar Arjuna kata.. 
"papa, lapar.. " *** Desyummm*** dalam 5-10 min dah ready dah.. hahaha.. oklah, selain ianya seimbang, sesuai untuk kanak kanak dan juga ibubapa serta tokmom and tokdad.



Here we go for the recipe.. kali ni nak menaip jer lah.. malals nak tulis step by step. haha.. orait sila baca dan catit resepi yeh.. mula mula kita perlukan..

Bahan bahan :

- Spagetty
- Tomato
- garlic (dua ulas)
- minced beef (sedikit)
- Cream or susu sejat marigold ( dalam 5 sudu )
- oyster sause ( 1 sudu)
- Meatball readymade ( Ramly)
- Fresh parsley untuk hiasan.

Kemudian, ambik spagetty, buat macam biasa, rebus.. gila ko spegetty nak goreng.. mestilah rebus. jangan terlalu overcook sebab hilang kekenyalan spegetty tu nanti dah tak sedap. masukkan sedikit garam semasa merebus. dah siap toskan letak kat tepi.

Mulakan kisah baru dengan memanaskan kuali dengan sedikit olive oil, tumis garlic cincang tadi.. dah sedap aroma, masukkan daging cincang tadi. saya gunakan brand encik ramly jer. then masukkan juga meatball dalam 3-4 biji..

dah agak agak hampir masak tu, tuangkan sedikir cream, oyster sause dan tomato ceri. tomato kita masukkan sebelum masukkan spegetty sebab taknak terlalu masak. so last but not least... spegetty. kacau dan seasoningkan dengan salt & pepper.

Done. dan taburkan fresh parsley (finely chopped) diatas spagetty tadi.




senang kan?

Alhamdulillah bila tau selera anak kita nak makan apa, senang untuk kita sediakan. My son boleh habiskan spagetty ni dia sorang jer. tapi kena main dengan "game" lah. hahaha GAME?

Game nya ialah... setiap kali dia tengok TV or cartoon, saya akan jadi penjaga tol PLUS hiway.. dan my son akan konon konon bawak car dia then nak bayar tol. bayar tol dengan kaedah menyuap spagetty ni kedalam mulut beliau.. sehinggalah habis. dah habis, kenyang, conform carik bantal pelok dan tidor. And papa pon boleh buat kerja dengan tenang.. fuuhhhhh...

Sekian untuk masa ni, and selamat mencuba. Sharing is caring. sila share resipi ni yeh.

XOXO

ADI NANG


6 February 2013

Bubble Blaze

Bubble Blaze
by:- ishaq ali

Assalamulaikum wbt...hi..eh aku lagi ke?ahahaha sebenarnya turn aku mmg arini..yang ssemalam tu aku ganti turn subhi sebab dia dah cover turn aku aritu..so mggu ni resepi aku air minuman je..yela takkan asyik nak makan je..minum tak nak ke...(sebenarnya aku tak sempat masak) ahahahaha..
nape aku share air je? sukati aku lah..nama air ni bubble blaze...aku bagi sbb dia ada buih..bukan sebab aku suka main game iphone tu...lagipun benda ni simple dan ohsem nak buat..takkan nak minum teh o' je memanjang...ok la malas nak tulis panjang-panjang..so Njoi...

bahan-bahan:-

- secubit Nescafe
- sebiji limau kasturi
- gula
- ais secukup rasa

Cara-caranya:-

- korang bancuh nescafe dan gula dengan sedikit air panas (pastikan air tak terlalu gelap macam nak
  buat nescafe O' pulak)
- campur dengan air sejuk sedikit
- perah limau kasturi (buang bijinya)
- masukkan ais sampai penuh cawan tu
- gunakan kole besar sedikit kemudia tarik air tu macam nak buat teh tarik sampai ais tu cair dan air
  tu berbuih..(kalau nak best beli bekas shaker yang macam kat bar tu..lagi syiok ahahaha)
- dah siap..boleh minum pada hari-hari yang panas terik menikam kalbu...Njoi la yek...



mudah je kan bahan-bahannya...



tada....dah siap..


siyes aku bukan malas nak masak

5 February 2013

limau asamboi amboi amboi..

limau asamboi amboi amboi
by:- ishaq ali

assalamualaikum wbt..amboi amboi lemak ko nak..lambat sudah jam berapa ini tidak lagi hapdate entry..da la lambat ni je ko bagi arini?wahahahaha sori la atas kelewatan yang teramat sangat ni..ini disebabkan asyik bz keje..outstation plak tu..mmg takde masa la jawabnya..so ini je la yang dapat aku kongsikan tuk kali ni...aci tak aku buat entry air minuman?ahahaha sukati aku la... (GAMBAR AKAN DIUPLOAD SEBENTAR LAGI KERANA MASALAH TEKNIKAL..HARAP MAAF...!)

bahan-bahan:-

- buah asamboi (yg putih) 2 biji
- limau kasturi 2 biji
- gula 3 sudu makan
- sedikit garam
- air batu
cara-cara:-

- buang biji limau kasturi tu pastu blender ngan kulitnya sekali
- masukkan asamboi dan gula dalam cawan dan letak air panas sedikit untuk lebih mudah gula larut dan
  asamboi kembang
- letak air batu ke dalam cawan
- dan curahlah limau kasturi yang diblender tadi
- dah siap dan sedia untuk diminum...tak payah g kedai lagi ahahahaha

siyes sedap boh tak tipu punya....
tips:- letak secubit garam untuk menambah rasa lemak

-terima kasih abam subhi sebab tolong tempohari
u r my hero..ahahahaha

- ishaq ali

29 January 2013

Teratai Layu di Tasik Tauhu

Teratai Layu di Tasik Tauhu
By:- Ishaq ali


Salam selasa...

wah lepaknya cuti hampir smggu tu..tak sempat g raya..ahaahha ok smlm sedara Subhi Karim kita up resepi mudah nak mampos..mcm masak megi je..ahahahaha kali ni aku up resepi mudah jugak...taktau tau la korang penah nampak ke tak benda ni..aku panggil tauhu pop org lain panggil apa aku taktau la..orait moh la kita terai..

bahan-bahan:-

- tauhu pop (kat pastik tu tulis tauhu bulat)
- mix vege
- daging kisar (ayam pun boleh)
- bawang putih (untuk menumis)
- telur



ini la tauhu pop tu..



bahan-bahannya..



bahan-bahannya..lupa plak nak letak telur..



potong silang kat tengah pastu terbalikkan..



bahan-bahan untuk di sumbat dalam tauhu pop..



dah siap yum-yum...




tekak melayu mesti nak cicah sos cili la..ahaha




cara nak masak isi tauhu:-

- gunting tauhu kat tengah pastu terbalikkan keluarkan isi tahu tgglkan kulit saja..
- panaskan sikit minyak dlm kuali..
- tumis bawang putih
- masukkan daging
- letak isi tauhu yg dikeluarkan tadi
- masukkan mix vege tu
- letak bahan perasa
- dah siap letak tepi pastu sejukkan jap..

cara nak isi tauhu:-

- letak telur dalam isi tauhu tadi
- kacau sampai sebati
- sumbat la dalam tahu yg di terbalikkan tadi
- then deep fried tauhu tadi
- goreng sampai kuning tp jgn lama sgt plak sbb isinya dah masak 

dah siap..jgn buat lawa sgt kang sayang nak makan plak..ahahahahaha



pasni aku nak buat air je plak...


21 January 2013

Stone Cold Masak Sambal

Stone Cold Masak Sambal
by:- Ishaq Ali

assalamualaikum W.B.T.
 salam sejahtera..eh dah mcm baca berita la plak..ok arini aku masak ikan tongkol masak sambal..saje letak tajuk stone cold sbb bunyi lebih kurang je..wahahah...sangat mudah dan segera..pada aku la..ikan tongkol pun ada masalah jugak...


bahan-bahannya ialah:-


beberapa tongkol ikan tongkol...



bawang besar, bawang putih dan cili giling
(buat sendiri lagi sedap)



goreng ikan dengan serbuk kunyit dan garam..dah siap ketepikan dulu..
kendian tumis segala bawang sampai naik bau terus masukkan cili giling
biar sampai naik minyak(timbul minyak ye)
masukkan ikan yg digoreng tadi dan letak bahan perasa (garam,gula.msg)
aku tak suka letak msg atau aji
aku letak gula sikit untuk rasa manis sambal tu..
letak air asam jawa sikit untuk menimbulkan rasa asid(amboi da mcm chef)
kalau tanak letak asam keping ke atau letak sos tomato pun boleh..



dah siap....eh? makan ngan nasi panas pastu letak kicap lemak sket
pppeeerrrgghhhh...tambah 2 kali nasi lah..( resepi tak bagus tuk org diet ok) ahahahaa
selamat mencuba dan hati-hati memandu...!


aku nak buat benda lain tapi tak sempat sbb
nak g shopping ngan bini aku...okbai..

13 January 2013

Ayam Singkong & Keju

Ayam Singkong & Keju
By:- Ishaq ali

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera hendaknya..
hurm seumur hidup aku ni la 1st time aku masak sebegini rupa..saje je nak test try cuba masakan macamni..mudah sangat rupanya..nama resepi ni da macam lagu indo oldskool la plak..takde kena mengena ok..! kalo korang nak tau singkong tu apa pegi la baca entry ni sampai abes..tanak tau takpe okbai..!ahahahaha..

dah berapa kali aku punya entry pun dah tak ingat plak..ah lantak la..kawan-kawan tolong kirakan ok..janji sampai turn aku setel sudah..yeah! korang yg lain jangan lupa plak follow belog ni..kat tepi tu dah ada link tinggal klik je..tak susah mana pun..(nak paksa korang follow..tak kira..)



 ini rupa ayam diperap 


 singkong


 keju cekdah je


minyak zaitun & butter


ni la rupanya bila dah siap


ok..dah tengok gambar kan..jom masak plak..

Bahan-bahan:- (untuk perap ayam dalam 1/2 jam)
- ayam 4 potong (bahagian dada ye..tanak tulang dan di penyekkan)
- bawang putih 2 ketol (di cincang halussss)
- black pepper (ditumbuk fresh punya)
- sedikit minyak zaitun....

Bahan-bahan:- (untuk disumbat dalam ayam)
- singkong rebus seketul (ubi rebus je sebenarnya...kuikuikui)
- sedikit keju (tak kesah keju apa)
- butter
- minyak zaiton
Bahan-bahan:- (untuk salad)
- daun salad
- tomato ceri
- minyak zaitun
freshly ground black pepper
- dan sedikit garam
- sedikit perahan lemon (aku lupa beli lemon tapi aku pakai limau kasturi..ok gak rasanya sbb cuma 
   perlukan sedikit asid tu untuk mengimbangi rasa)

Cara nak masak:-
- ayam yg dah siap kena perap tu keluarkan..letak ubi rebus tu dan keju..
- pastu korang gulung ayam tu cucuk dgn lidi cungkil gigi yg belom di pakai 
  supaya isi dalam ayam tu tak terkeluar..
- masukkan sedikit butter untuk mengoreng ayam tadi
- masak sampai ayam tu masak la...
- tang salad plak masukkan semua bahan tadi tu dan gaulkan sampai sebati

- sesudah ayam tu masak jangan dibuang baki sisa-sisa minyak tu untuk dibuat sedikit sos atau gravy
- hidupkan api dapur tu balik masukkan sedikit minya zaiton dan butter
- letak freshly ground black pepper dan sedikit garam..

ok dah siap..masa nak hidangkan tu jangan lupa buang lidi cungkil gigi tu plak..kang ada yang tercekik bendalah tu...cara nak hidangkan tu terpulanglah pada korang camna..

amacam senang tak?kalau aku yang tak penah buat pun boleh..apa lagi korang..kan..
dah tau apa makna singkong tu?ok ada keje nak buat ni..okbai...!


gambar tak edit tu..ori dari kamera tak sempat buat apa
sebab arini ada job plak..






10 January 2013

Siakap Steam Limau Maya Karin

Siakap Steam limau  Maya Karin
by : Adi Nang


Hai Semua... Turn saya kedapur pula kali ni. Resepi kali ni saya bawakan Maya Karin untuk kedapur rumah saya. Ye saya tidak berseorangan kali ni di dapur, ditemani Maya Karin sambil memasak siakap Steam Limau. haha.. jangan jelous uolss.. woot woott..

Ok lah. Resepi ni adalah resepi kegemaran Adi sendiri dan juga Cik Maya Karin ;-) huhuhu... Belajar daripada Mek Siam dari Thailand, ibu saudara kepada Ong Bak. Memang Ummphhh Habis lah. tak caya? silalah cuba. Bahan bahan pon mudah jer untuk disediakan. cumanya kenalah rajin men Chop chop bahan bahan.


OK, disebabkan tempat mengukus yang Available dirumah cuma ada size yang comel jer.. so adi telah buang tulang tengah ikan siakap tu. boleh refer kat youtube mcm mana nak buang tulang tengah ikan tu. jimat sikit space. And... thank you Maya sebab siangkan i punya ikan.. hehehe.. jgn marah ehh uollss.. Love you Maya. haha.. gelak gedik sikit.

Resepi ni lagi sedap kalu kita tambahkan Jeruk bawang putih. see see?? yang tulis Thailand tu mcm sawadikap sawadikap tu.. tapi kalau takda, jgn lah susah hati, boleh ditukar kepada asamboi putih.. pon sedap. ok.. 

Maya jgk yang belikan tu.. Tq dear. ;p ( tangan kat bahu, mata pandang atas)


setelah mencincang dan mengadun bahan bahan tadi.. boleh lah memulakan proses Mengukus ikan tersebut. Yesss mudah kan? chop chop chop.. mix mix mix and kukus. 15 min siap. Siapa kata masak susah? nak tak nak jer. rugi kalau tak tau memasak sebab memasak ni adalah seni. tak gitu maya? kan? Orang yang tak reti masak, tempatnya adalah di kedai mamak. go awayyy.. dont touch me, i hatch yuuu.. hahaha.. ( lakonan semata mata bersama maya di dapur).


then After 15 min kukus ikan tu.. siap lah dia dan ready untuk di Serve. Mudah bukan? So Lunch hari ni makan siakap steam bersama nasi putih and ofcoz bersama Maya Karin. siap tambah nasik lagi Maya kan? heheeh.. ( tangan kat bahu mata pandang atas) sekali lagi..

puiii.. in your dream Adi.. in your Dream.. hahaha..


OK, Lets go to the Recipe.

Bahan Bahan di cincang

- Bawang Putih ( saya habiskan selabu ) <- betol ke?
- Jeruk bawang putih + Jus dia sikit 
- Halia
- Serai sebatang
- Sedikit daun bawang + daun ketumbar
- cili padi ( 10 biji ) cincang


selepas semua selesai dicincang.. masukkan dalam Al- Mangku kuk Wal hayyun, then campurkan dengan :


- Sos Ikan ( 4 sudu besar)
- Jus limau ( 2 biji limau )
- jus asamboi putih ( direndam dulu asamboi then ambik jus nya)
- Sedikit Air
- gula / garam sedikit.


Dah selesai part tersebut, so ambik ikan letak dalam tempat mengukus, dan siram Adunan tadi diatas ikan tersebut. Tutup pengukus dan kukus dalam 15- 20 min ( ikot saiz ikan ) 

kalau besar macam Azam Rasid kenalah lama sikit, tapi kalau setakat besar Ishak Ali, dalam 5 min dah masak dah. hahaha..


Begitulah ceritanya, time memasak dibantu oleh Cik Maya Karin (tangan dibahu mata pandang atas) lah sangatt... So cik maya Karin yang real punya.. kalau nak makan ikan siakap steam limau, meh ler sini, saya masak kan special untuk awak yeh. hehe..


p/s : ok serious aku nak gelak ni... hokeyy, silalah cuba yeh resepi kali ni 

" SIAKAP STEAM LIMAU MAYA KARIN"




ADINANG

9 January 2013

Sambal Racik Ayam berdarah

Sambal Racik Ayam berdarah

Sambal Racik Ayam berdarah
by:- Ishaq Ali

Amacam?baca je nama resepi ni ganas pulak..macam takut nak try kan..ahahaha
saja je letak nama gempak padahal takde darah apa pun..tiap kali aku up entry resepi aku semua mudah je,takde pun payah sangat..ni semua resepi peberet famili aku..harap korang pun suka gak ok..


 ni je bahan-bahannya..simple kan


tadaa...da siap..makan dengan nasik panas memang terbaiklah..


Bahan-bahan:-

- cili api 7-8 biji diracik 
- bawang putih 4 ulas di cincang
- bawang besau di mayam-mayam (betulke ayat ni?)
- ayam 2 potong digoreng pastu di siat-siat (giler ganas)
- air asam sikit

Cara nak masak:-

- panaskan minyak dalam kuali tu pastu masuk semua bahan kecuali ayam dan air asam
- agak-agak dah naik bau baru masukkan ayam dan air asam secukupnya
- masukkan bahan perasa
- dah siap

mudah je resepi dari aku ni takpe payah mana pun
tapi kalau korang cari kat blog lain mmg tak jumpa la..
selamat mencuba...!okbai

nanti aku nak buat ubi rebus je..puih



6 January 2013

CHICKEN'S SCANDAL





Chicken's Scandal ( Cashew nuts Chicken ala- paprik )
by : Adi Nang

Salam dari dapur...

Aneh tak nama resepi aku kali ni? jangan tanya.. nanti jawapan aku tetap sama... aku punya masakan, aku punya suka lah apa nak bubuh nama. hahaha.. oklah, kenapa scandal? kena tangkap basah ke ayam tu sebelum dimasak? tak jugak. haha.. jeng jeng jeng...

Diberi nama scandal kerana semasa nak study cashew nut chicken ni, tiba tiba dapat idea nak buat cashewnut chicken ni ala ala paprik. so combination dua resepi digabung dan diolah ikot suka hati mak bapak aku. pedulik lah nak cakap apa.. tak kesah pon, janji rasanya sedap ye dik dik non sekelian.

Resepi mudah, tak lah sesukar resepi Nasi Arab Lisa Surihani hot tu yang dimasak oleh SUBHI KARIM lah sangat tu... (tangan kat bahu, mata pandang atas) .

Ianya memerlukan masa dalam 30 min sahaja penyediaan. kalau beginner mahu sejam lah.. sebab nak kupas bawang pon dah 15 min kan.. haha. haa.. bagus bagus, at least mencuba nak kupas bawang ye diknon and kaknab sekelian.. ok lah tu, dari duk nganga jer harap lauk masuk kemulut. kann? better masak sendiri. hahaha.. (sorry yg terasa tu) sebab practice makes better. uh.. betol ke tak bidalan aku tu..

ok, lets go to the menu, but before that, sorry dulu ye sebab ni Fast Entry, sebab memang turn adi kedapur kan Ahad ni? kena pulak hari ni ada Asignment kata ko... sepanjang hari pulak tu, takot tak sempat or rushing...  so masa yg ada diawal pagi yg hening ni jgk lah aku upload resepi.. Demi merealisasikan 365/2013 ni.

yess.. sgt berkaliber aku ni ( tepuk lah tangan sikit) bluekkk ;p



cun tak platting aku? siap ada bendera lagi.. haa.. Lisa surihani hado?


Ni kengkonon lah mcm iklan Megi. puiiii..


Haa.. Ohsem tak? Osem kan? siapa tak cakap ohsem, siap aku cili cili mulut tu nnti..




Thennn.. we go for the recipe lah yeh.. sila ambik pen dan kertas. takpon ape susah? kan ada iPad kan? simpan resepi dalam Bookmarks jer.. zaman dah canggih. tak perlu pen dan kertas, sediakan ipad je.


CHICKEN SCANDAL

Bahan bahan :

- Ayam dada dipotong halus gebu kata ko.
- Cashew Nuts
- Cili Kering 6 tangkai ( digunting 1 inch)
- Daun bawang
- Capsicum ( green pepper ) or lada benggala (not bangla)
- Cili merah
- Cili kisar ( 4 sudu besar )
- Bawang besar dimayang / bawang putih / halia
- sos tiram / cili sos / kicap
- Sos ikan
- Daun limau purut.


CARA MEMASAK.

STEP 01 : lumur ayam dengan tepung jagung, gorengkan dan ketepikan.. Goreng Cashew nut dengan api yg sederhana panas dan ketepikan.. dan goreng cili kering yang dipotong itu dan juga diketepikan..

STEP 02 : panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis.. masukkan Bawang merah, bawang putih ,halia. tumis sehingga rasa bau yang menarik.. kemudian masukkan cili kisar dan teruskan menumis..

then masukkan green pepper yg dah dipotong potong itu.. Masukkan cili merah yg dipotong potong tu..  kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, cili sos beserta kicap sedikit kedalam masakan dan Daun limau purut (yg dah dikoyak koyakkan)

Seosoning kan sesuka hati korang, garam, gula or whatsoever.. nak bubuh MSG pon ikot tekak memasing.. boleh jer, takda apa yg salah.

STEP 03 : step final.. masukkan Ayam yg digoreng itu berserata dengan Cahew nuts, cili kering goreng dan daun bawang. dah masukkan tutup api.. dan gaulkan sebati. Siap pon. Ready to serve.


ok, Terima Kasih tak terhingga kepada semua orang yang support kami, Ahli ahli Team Ohsemwok. u guys rock. teruskan memerhatikan resepi resepi kami yeh. Love you all. yeahhh..



ADINANG













5 January 2013

Asam Di Darat Ikan Di Laut
005/365

Asam Di Darat Ikan Di Laut
by:- Ishaq Ali 


Assalamulaikum W.B.T
Salam semua! cewah dah macam Yb pulak ahahaha..amacam setakat ni..ok tak resepi-resepi dari kami-kami semua?diaorang ni semua ni bukan je power ambik gambar bahkan power jugak masak-memasak ni..dah macam chef uiiiihhhh...DASAT!...,aku je yang bagi korang resepi mudah-mudah...ni arini turn aku lagi..jap je dah resepi yg ke 005/365..ok aku bagi lagi resepi yang mudah ala-ala kampung je..tajuk dia Asam Di Darat Ikan Di Laut... enjoi!



ni ha bahan-bahan dia...mudahkan...



ni rupa dia setelah siap.....

ok sekarang cara nak masak pulak....

bahan-bahan:-

-ikan 4-5 ekor kembung (kalau nak ikan merah pun boleh)
-bawang besar india atau holland 2-3 ketui (dimayam)
-bawang putih 3-4 ulas (dihiris)
-kacang bendi 3-4 biji
-asam jawa 1 sudu (dicampur air dalam cawan)
-cili padi (sukati korang nak pedas letak banyak)

cara-cara masak:-

1.panaskan semangkuk air dalam periuk atau kuali
2.setelah mendidih masukkan semua bahan-bahan tadi kecuali ikan dan biarkan 
3.masukkan air asam
5.masukkan ikan
4.letak lah bahan perasa dan biarkan sampai ikan masak
5.dah siap
6.masak nasi
7.ambik nasi yang dah masak tadi
8.letak lauk yang dah siap
9.baca bismillah
10.apa lagi...makan lah...ahahahahaha


ok dah siap..mudahkan?kalau ni korang cakap susah memang taktau aku nak cakap apa la...ahahahaha tu je untuk arini esok tunggu giliran adi pulak ye...okbai


sapalah aku kan puih ahahaha...






2 January 2013

ASAM PEDAS A-FAMOSA


ASAM PEDAS MELAKA
by : Adi Nang

Salam semua.. hari ni giliran adi pulak yang kedapur untuk melengkapkan misi 365/2013 ni. Resepi kedua untuk belog ini pada kali ini Adi pilih daripada Melaka. Memandangkan baru sahaja balik dari kota bersejarah dua tiga hari lepas.

Untuk resepi asam pedas ni Adi pilih ikan merah sebagai Main subject, kenapa ikan merah? kenapa tak ikan hijau? biru dan sebagainya kan? haa.. dah agak.. mesti ada soalan mcm tu punya..
ada dua jawapan. jawapan pertama.. suka hati aku lah nak guna ikan apa. ada aku kesah. ok, jawapan yg kedua dan agak reasonable, sebab seefoo saya orang melaka, iaitu tokey Asam pedas kat Melaka, dia cakap.. byk byk ikan, ikan yang paling sedap utk dibuat asam pedas adalah ikan Merah.


ini antara bahan bahannya yang utamalah, and ofcoz mestilah ada ikan merah.. oklah.. klu tak suka ikan merah takpa.. guna lah ikan apa apa yang korang suka, nak lagi gempak, gunalah.. IKANO power center.. hahaha.. conform gempak habes..


tadaa... inilah hasilnya setelah penat mengangkang kat dapur... haaa.. asam pedas kangkang.. eyh. ok ok.. Lets serious.. dan ini adalah resepinya dan cara-cara nak buat. Perhatikan betol-betol.. fokus! ;p



ASAM PEDAS A FAMOSA

Bahan untuk dikisar :

- Cili Kering dlm 9 tangkai.
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 3 biji
- Serai 2 batang
- Kunyit Hidup
- Halia
- Belacan ( seeloknya dibakar dahulu)
- sedikit jintan manis & jintan putih (agak agak sudeh)


Bahan tambahan :

- Tomato 2 biji (dipotong 4)
- 4-5 tangkai daun kesum
- Asam jawa yang dibancuh dgn 400 ml air.
- Bendi ( saya guna dalam 6 biji )
- minyak untuk menumis
- Black paper

cara-cara penyediaan :

Mula mula.. baca bismillah.. pastu panaskan periuk, buh minyak utk menumis dan tumis semua bahan yang dikisar itu. teknik yang saya belajar adalah dengan memasak bahan kisar ini dengan api yang sederhana dan lama supaya sebati betol- betol dan masak rata cili yang kita kisar itu..

Kemudian.. setelah confident bau dah naik, dan nampak minyak sudah keluar.. dengan ceria sekali, tuangkan air asam jawa itu.. kacau sehingga sebati..

 Kemudian...

Masukkan Ikan Merah, Bendi, Tomato, daun kesum and Black paper. biarkan ianya reneh seketika sehingga korang rasa ikan dan semua bahan tu dah cukup masak.

Masukkan garam and seasoning secukup rasa korang

tutup api, tutup periuk.. and ready to serve.

Mudah kan?




Sedikit Tips dari tok guru saya : untuk mendapat hasil asam pedas yang betol betol kaw, semasa menumis itu, biarlah lama dan api yang sederhana panas.. lagi lama lagi kaw asam pedas tu boleh pegi. kurangkan bawang dan lebihkan cili..  dan asam pedas haruslah pandai diimbangi dengan rasa Masam Pedas dan masin, 3 faktor tu kena ada... tak percaya boleh cuba. ;-) 

ADINANG