Showing posts with label masak lemak cili padi. Show all posts
Showing posts with label masak lemak cili padi. Show all posts

16 February 2013

Masak Lomak Daging Salai Sri Menanti

By: Fariz Muhazir
Assalamualaikum, hye hari ni saya post lagi entry masakkan....kali ni saya share masakkan dari nogori sembilan... Selamat mencuba

Bahan-bahannya:

  • Daging lembu (disalai dan dihiris kecil)
  • Cili padi (dikisar halus) - kuantiti ikut kepedasan yg korang nak
  • Serai (ditumbuk)
  • Kentang ( part yang ni boleh diganti dengan bacang/rebung)
  • Kunyit hidup (dikisar halus & pakai sikit je)
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • Santan
  • Asam keping
cara memasak:
untuk masak ni kuali/periuk diperlukan :)
  • Masukkan daging + kentang + cili + kunyit hidup + serai dan masukkan air dan biar sehingga kentang empuk.
  • Bila kentang dah empuk dan air yang kita masukkan tadi tu dah kering, sila masukkan santan dan kacau.
  • Kemudian, masukkan kunyit serbuk untuk dapatkan colour menarik (jangan banyak sangat)
  • Garam jangan lupe masukkan, sesedap rasa
  • Bila dah santan mula mengelegak, tutup api dan SIAP!

p/s: masakkan ni lagi pedas lagi meletop....heeee

11 January 2013

Gulai Lemak Cili Padi Cinta Kepala Jenahak

Gulai Lemak Cili Padi Cinta Kepala Jenahak
by Azam Rasid

Assalamualaikum and Dear Fans.

Today I  want to share my special recipe which is Gulai Lemak Cili Padi Cinta Kepala Jenahak...
.
.
.
Wahh omputih kauuu! Okay fine. Saje intro omputih sket memandangkan ade statistik blog dari negara-negara eropah - info dari Adi Nang.

Smalam gua dah gelabah tak tau nak buat kejutan resipi hapa utk hari Jumaat yg mulia ni.. Jadi nya pikir punya pikir, terkeluarlah ciptaan agung iaitu Gulai Lemak Cili Padi Cinta Kepala Jenahak ni haa.. Kenapa kepala jenahak? sebab bahagian badan ekor nya sudah habis dikebas oleh puak-puak komuniti USJ 14 yang hanya suka makan isi lebih dari kepala... Maybe sebab org tua-tua kata makan kepala ikan ni boleh jadi dungu... Ye ke? Ye la kot... tp jgn la makan otak ikan.. makan isi sudey... Kalau tak suka kepala ikan, korang beli la ekor ikan ke, kaki ikan ke, lengan ke.. wateva okayyyy.

Ok, basically, resipi ini diolah sikit dari resipi asal masak lemak cili padi nogori sombilan, yang mana ada tambahan beberapa benda yang tak masuk akal tapi gua punya suka la kan sebab ini kan OHSEMWOK blog.. so mesti kena ohsem sket resipi nya yang anda tak kan dpt di luar sana maupun dari grandma anda...

Ok let's go thru ya...


Ini serba sikit bahan-bahannya... besar kan kepala ikan tu...? Nampak banyak kemain, tp lepas korang kisar semua ni haa jadi semangkuk hayun je...
Tak susah nak masak gulai lemak cili padi ni... semua kasi kisar pastu masak dlm kuali... campak ikan... tuang air sket... masuk santan.. siap ler...
Mengikut perkiraan, gua amik masa lebih kurang 47 minit utk siapkan... tp kalau korang tingin nak makan ikan medium-well.. buat ler 10 minit.. LOL

Tadaa! Ini rupa kepala ikan yang dah siap di masak... agak ngeri gak tgk wajah nya berceloreng dek kena rebus... hehe... hiasan? suka ati la nak buat cemana pun... padahal bukan nak makan pun hiasan2 tu kan.. saje gedik nak amik gambar bajet Master Chef... LOL

Okay lah... meh nak kongsi resipi penuhnya...



GULAI LEMAK CILI PADI CINTA KEPALA JENAHAK

Bahan-bahan kisar.
- Bawang merah 5 biji
- Cili padi 12 biji (nak pedas sila tambah 20 biji)
- Serai 3 batang
- Bunga kantan 3 kelopak
- Kunyit hidup 1 inci
- Halia 1 inci
- Daun kesum 3 keping
- Belacan  sudu besar
- Cili giling 1 sudu besar

Bahan-bahan lain.
- Kepala ikan jenahak (atau nak guna ikan lain pun boleh) - basuh dgn air asam jawa
- Santan 1 cawan kecil
- Serbuk kunyit 1 sudu besar
- Jus limau kasturi / perahan limau kasturi - 5 sudu besar
- Garam secukup rasa
- Air kosong 5 cawan (nak kuah lebih sila tambah tp nnt cair lah sket)
- Asam keping - 3 keping
- Daun kesum 5-6 keping
- Tomato 3 biji
- Cili padi 5-6 biji

Cara nak masak.

1. Kisar semua bahan kisar diatas.
2. Tumis kan sedikit bawang merah hingga naik bau dan masukkan bahan kisar tadi. Masak hingga naik bau. Tambah kan serbut kunyit, asam keping dan jus limau kasturi. Masak lebih kurang 5-10 minit.
3. Masukkan ikan dan gaul rata dgn bahan2 awal tadi hingga hampir masak. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan daun kesum 5-6 keping.
4. Tuangkan air kosong. Biar hingga mendidih. Dan masukkan santan gaul rata sampai santan sebati. Kemudian masukkan tomato dan cili padi yg tidak di potong.
5. Bila dah masak, hidangkan comel2 dalam pinggan yer bersama nasi putih dan sambal belacan ulam-ulaman.
6. Oh ya, macam biasa, share kat Facebook anda resepi hebat ini.


Selamat mencuba!

Azam Rasid