Showing posts with label masakan thai. Show all posts
Showing posts with label masakan thai. Show all posts

18 January 2013

BUTTER CHICKEN

Butter Chicken
by : Adi Nang



Salam semua, Bertemu lagi dari dapur saya kali ni. Menu saya yang kelima untuk melengkapkan Misi 365/2013 kali ni. Well.. menu yang simple bagi saya dan tak susah mana pon untuk dibuat. mudah dan ringkas, dan tak rugi mencuba...

Sebelum tu mintak maaf agak lewat sedikit harini untuk update entry disebabkan ada beberapa kerja yang perlu saya satle kan hari ni. ok.. lets continue...



Pelik jugak tajuk kali ni tak melalut sampai kelaut..

Hurmm.. yup cuma Butter Chicken jer dan takda tambahan nama untuk dijadikan lagi menarik or sesaja mengada nak bagi lagi istimewa or whats so everrrr... OK, ini adalah antara menu kegemaran saya, saya study menu ni pon sebab selalu pegi makan kat Retoran Cosy House kat Great Eastern Mall.

so, disebabkan dah terpikat dgn menu ni, saya study lah sikit dan sesambil tu adalah olahan sedikit mengikut citarasa saya, but the basic is still the same iaitu BUTTER. kalau takda Butter lain lah pulak tajuknya.. ye dak? untuk menjayakannya anda harus menggunakan Butter yeh.. kalau guna minyak cap kapak.. jadilah chicken cap kapak oilly. haha.. ok, tak kelakar pon. ;p but u guys ada option jgk selain butter, iaitu Margerine. tak jauh songsangnya.. cuma kena ingat yg marjerin a bit salty sikit.. tu jer.



Ok guys, here the recipe for today.. well.. before ter forgot. selain ayam, boleh dan sesuai kiranya kalau nak pakai resepi ni untuk Udang sebab adi tak makan udang, Elergik. so adi gunakan ayam. then kalau Butter Prawn lagi cantik kalau ada Floss yang macam resepi udang Azam Rasid sebelum ni. ok Guys?, Take note yeh.. When im talking, u listen.. hahaha..


BUTTER CHICKEN RECIPE

- Chicken Breast ( Dice )
- Corn flour untuk menggoreng ayam and a pinch of salt
- Bawang putih ( saya guna dalam 5 ulas ) i likeee... garlic
- Bawang Merah ( 2 biji gitu )
- Daun kari ( saya guna dalam 4 tangkai diraut ambik daun sahaja)
- Fresh Milk
- Halia ( dalam 1 inch)
- Cili padi ( dipotong ) dalam 7 biji
- Parmesan Cheese ( optional ) takda pon takpa, jgn sedih klu takda.
-  And of coz the main ingredient is BUTTER. or Margerine

CARA CARA PENYEDIAAN.

Step 01 - Ayam yang dipotong kecil tadi di lumur dengan tepung jagung dan sedikit garam, dan digoreng menggunakan teknik Deep Fry. Dah cantik golden brown Toskan dan ketepikan. kita guna nanti.

Step 02 - Here the sauce butter pulak. using the frying pan, masukkan olive oil sedikit je and cairkan butter, saya pakai butter yang banyak dalah almost half bar (standard size butter) tu.

Step 03 - Bila dah cair butter Masukkan bawang putih / Halia / Onion yang kita cincang tadi.. tumis dulu, dah naik baunya masukkan pula daun kari. Kemudian dimasukkan susu dalam secawan. Fresh Milk. kalau nak pakai susu sejat pon boleh sebenarnya.. tapi guna yg cair, yang pekat tu utk buat teh tarik boleh lah kaknon kaknon dan diknonss sekelian.. ;-)

Step 04 - Seasoningkan sos anda dengan garam / gula dan lada hitam sedikit / or maybe a bit MSG.

Step 05 - Masukkan Parmean Cheese sedikit untuk memekatkan kuah, alaa kalau takda pakai Chek Dah pon bole.. tujuannya nak pekatkan kuah nya jer.. or kalau takda pon, masukkan sesudu tepung jagung. conform pekat. and last masukkan Ayam berserta cili potong.

Step 06 - DONE and boleh lah dinikmati bersama keluarga tercinta. My son suka makan ni, kalau buat untuk my son, saya tak bubuh cili padi. pedas. Tak jawa betol lidah beliau. hahaha.. its oke.




Sehingga itu.. have fun with your weekend.. jom malam ni masak butter chicken sambil tengok final Maharaja Lawak Mega FINAL kat ASTRO. Kita Undi JOZAN. kepada sesiapa yang nak bertanya, silalah komen di button komen dibawah ni, insyaalah pertanyaaan anda akan terjawab. And Thanks guys yang mana dah jadi follower blog ni. Support anda amatlah kami perlukan untuk menjayakan misi mengada ngada kami ni.. ;-)

cheerrrss!!!




ADINANG



10 January 2013

Siakap Steam Limau Maya Karin

Siakap Steam limau  Maya Karin
by : Adi Nang


Hai Semua... Turn saya kedapur pula kali ni. Resepi kali ni saya bawakan Maya Karin untuk kedapur rumah saya. Ye saya tidak berseorangan kali ni di dapur, ditemani Maya Karin sambil memasak siakap Steam Limau. haha.. jangan jelous uolss.. woot woott..

Ok lah. Resepi ni adalah resepi kegemaran Adi sendiri dan juga Cik Maya Karin ;-) huhuhu... Belajar daripada Mek Siam dari Thailand, ibu saudara kepada Ong Bak. Memang Ummphhh Habis lah. tak caya? silalah cuba. Bahan bahan pon mudah jer untuk disediakan. cumanya kenalah rajin men Chop chop bahan bahan.


OK, disebabkan tempat mengukus yang Available dirumah cuma ada size yang comel jer.. so adi telah buang tulang tengah ikan siakap tu. boleh refer kat youtube mcm mana nak buang tulang tengah ikan tu. jimat sikit space. And... thank you Maya sebab siangkan i punya ikan.. hehehe.. jgn marah ehh uollss.. Love you Maya. haha.. gelak gedik sikit.

Resepi ni lagi sedap kalu kita tambahkan Jeruk bawang putih. see see?? yang tulis Thailand tu mcm sawadikap sawadikap tu.. tapi kalau takda, jgn lah susah hati, boleh ditukar kepada asamboi putih.. pon sedap. ok.. 

Maya jgk yang belikan tu.. Tq dear. ;p ( tangan kat bahu, mata pandang atas)


setelah mencincang dan mengadun bahan bahan tadi.. boleh lah memulakan proses Mengukus ikan tersebut. Yesss mudah kan? chop chop chop.. mix mix mix and kukus. 15 min siap. Siapa kata masak susah? nak tak nak jer. rugi kalau tak tau memasak sebab memasak ni adalah seni. tak gitu maya? kan? Orang yang tak reti masak, tempatnya adalah di kedai mamak. go awayyy.. dont touch me, i hatch yuuu.. hahaha.. ( lakonan semata mata bersama maya di dapur).


then After 15 min kukus ikan tu.. siap lah dia dan ready untuk di Serve. Mudah bukan? So Lunch hari ni makan siakap steam bersama nasi putih and ofcoz bersama Maya Karin. siap tambah nasik lagi Maya kan? heheeh.. ( tangan kat bahu mata pandang atas) sekali lagi..

puiii.. in your dream Adi.. in your Dream.. hahaha..


OK, Lets go to the Recipe.

Bahan Bahan di cincang

- Bawang Putih ( saya habiskan selabu ) <- betol ke?
- Jeruk bawang putih + Jus dia sikit 
- Halia
- Serai sebatang
- Sedikit daun bawang + daun ketumbar
- cili padi ( 10 biji ) cincang


selepas semua selesai dicincang.. masukkan dalam Al- Mangku kuk Wal hayyun, then campurkan dengan :


- Sos Ikan ( 4 sudu besar)
- Jus limau ( 2 biji limau )
- jus asamboi putih ( direndam dulu asamboi then ambik jus nya)
- Sedikit Air
- gula / garam sedikit.


Dah selesai part tersebut, so ambik ikan letak dalam tempat mengukus, dan siram Adunan tadi diatas ikan tersebut. Tutup pengukus dan kukus dalam 15- 20 min ( ikot saiz ikan ) 

kalau besar macam Azam Rasid kenalah lama sikit, tapi kalau setakat besar Ishak Ali, dalam 5 min dah masak dah. hahaha..


Begitulah ceritanya, time memasak dibantu oleh Cik Maya Karin (tangan dibahu mata pandang atas) lah sangatt... So cik maya Karin yang real punya.. kalau nak makan ikan siakap steam limau, meh ler sini, saya masak kan special untuk awak yeh. hehe..


p/s : ok serious aku nak gelak ni... hokeyy, silalah cuba yeh resepi kali ni 

" SIAKAP STEAM LIMAU MAYA KARIN"




ADINANG