Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

26 January 2013

PASTA BAKE SOFEA JANE

Pasta Bake Sofea Jane
by : Adi Nang


Happy Sabtuday semua... selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Sesambil tengah fikir nak masak apa untuk tengahari ni, eloklah belek belek sikit resepi yang ada kat Ohsemwok ni. Harini sebab rindukan sangat dengan Sofea Jane maka terciptalah satu resepi olahan sendiri yang diberi nama Pasta Bake Sofea Jane. yesss... She is gorgeous, i know it. ;-)

Actually plan nak memasak Macaroni jer untuk hari ni, tiba tiba terilham idea untuk olah resepi kali ni dengan teknik membakar didalam oven. Mudah dan tak pening kepala. Dapur pon kurang bersepah.

So. macam mana dengan entry entry resepi dari ohsemwok? ada membantu tak didalam hidup seharian korang? hurmm.. kalau takda takpa, tak kecik hati pon. hahaha.. Menu kitorang simple simple jer.. untuk orang malas nak masak. Terima kasih kepada semua supporter yang menyokong dan menggemari belog kami ini, tanpa korang semua, kami mungkin dah giveup or dah terus bungkus belog ni. Apepon, Misi kami masih panjang. Teruskan menyokong kami yeh.


Untuk menu Adi kali ni agak mudah jugak kalau korang nak cuba. kita guna teknik Boiling-Fry-Bake jer. Mudah sangat. so, gambar diatas adalah beberapa bahan yang kita perlukan bagi menjayakan Sofea Jane ini. Its so balance with Juicy, Creamy and simply Delicious. Masa penyediaan lebih kurang 1 jam dan boleh buat sambil tengok drama Korea. Mudah kan bunyinya? haaa... cuba, jangan tak cuba. Suami anda pasti tertambat dengan anda nanti, silap silap lepas makan terus dia ajak pergi ke Habib Jewel. huhuhu.. OK, enough story mory pasal husband and wife sebab saya Duda. nanti terindu pulak zaman rumahtangga.. naya je. :p

Jom kita tengok apa nak buat...

PASTA BAKE SOFEA JANE

STEP 01 - Penyediaan bahan bahan

- Bawang Besar 1 biji ( dicincang halus)
- Bawang Putih 4 biji ( diketuk jer) nak cincang pon tak salah..
- Minced beef ( daging lembu kisar)
- Fresh Parsley
- 2 biji Telur
- Whipping Cream
- Tomato Cherry
- Makaroni
- Olive oil utk menumis
- salt & pepper to taste.
- Cheddar Cheese

STEP 02 -  Rebus Makaroni korang sehingga masak. masukkan sedikit garam dalam air rebusan. remember.. Dont over cook. tak sedap nanti texture makaroni tu. kita nak bakar dia nanti, bukan nak buat bubur makaroni yeh. harap maklum. dah masak, Toskan dan teruskan ke langkah seterusnya.

STEP 03 - Panaskan kuali dengan suhu sederhana dengan Olive oil utk menumis (agak agak boleh menumis dah lah.. jgn byk sangat) , masukkan bawang besar yg dicincang berserta dengan bawang putih tadi.. tumis sehingga harum semerbak bau bawang tu, kemudian masukkan daging kisar dan goreng sehingga daging separuh masak. seasoningkan ramuan tersebut ikot tekak korang. pandai pandai lah nak bagi sedap, ni base dia. saya gunakan salt & pepper jer and sedikit pati ayam. kemudian toskan dan asingkan bahan tersebut didalam  Al Magku kuk Wal Hayyun.



STEP 04 - Bahan yang ditumis tersebut dicampur degan Makaroni korang tadi dan dicampurkan juga dengan fresh parsley. cincang lah parsley tu terlebih dulu yeh.. tercekik kang suami korang makan. sila rujuk gambarajah diatas. ( campuran tumisan daging+ Parsley + Makaroni )
PASTIKAN TIADA LEBIHAN AIR DIDALAM ADUNAN. sebab kita nak ianya kering. sebab tu toskan betol betol.

STEP 05 - Masukkan adunan tersebut didalam Mangkuk pembakar. pilih yang bersesuaian yeh. saya punya mangkuk IKEA jer. yang tahan suhu panas oven.

Dalam masa yang sama prepare di mangkuk lain..  Pecahkan 2 biji telur, pukul slow slow guna garfu (itu pon nak kena ajar ke?) hahaha.. kemudian campurkan telur tersebut dengan wipping cream. kacau bagi sebati. Tomato Cherry potong dua dan susun seperti gambarajah dibawah.


Kemudian Tuangkan bancuhan telur dan wiping cream tersebut kedalam adunan yang akan dibakar itu.. Almost Done.

STEP 06 - Nanti dulu.. belom siap lagi.. sebelum dimasukkan kedalam Ketuhar, Taburkan Cheddar cheese parut diatas sebagai topping terakhir. dan rajinkan diri anda untuk tabur sedikit salt & pepper diatas cheese tersebut. sikit je. untuk texture.



STEP 07 - Preheat oven dulu ( 220 C / 425 F / Gas Mark 7 ) pilihlah mana korang familiar guna.. then masukkan dalam oven, Bake for about 15 minutes, until golden brown and bubbling.

STEP 08 - Tadaaaaaa.. it's DONE!!!
Serve when it still hot. untuk hiasan taburkan sedikit finely chopped parsley diatas Sofea Jane tersebut. siap dah.. Mudah kan?



Okey, dah siap menu simple untuk hari ini, kalau tekak orang melayu biasanya nak makan Menu ni dengan cili sos. terpulang lah. takda cili sos tak 1 Malaysia lah katako.. hahaha.. OK, have fun with your weekend. Sila cuba dan share resepi ini. Kalau sedap bagitau Kawan, Tak sedap bagitau Adi yeh. tapi tekak Adi dgn tekak isi rumah sini bagitau menu ni sedap sangat. so, boleh lah cuba.


Sehingga jumpa lagi dilain hari dan dilain Resepi.


ADINANG

18 January 2013

BUTTER CHICKEN

Butter Chicken
by : Adi Nang



Salam semua, Bertemu lagi dari dapur saya kali ni. Menu saya yang kelima untuk melengkapkan Misi 365/2013 kali ni. Well.. menu yang simple bagi saya dan tak susah mana pon untuk dibuat. mudah dan ringkas, dan tak rugi mencuba...

Sebelum tu mintak maaf agak lewat sedikit harini untuk update entry disebabkan ada beberapa kerja yang perlu saya satle kan hari ni. ok.. lets continue...



Pelik jugak tajuk kali ni tak melalut sampai kelaut..

Hurmm.. yup cuma Butter Chicken jer dan takda tambahan nama untuk dijadikan lagi menarik or sesaja mengada nak bagi lagi istimewa or whats so everrrr... OK, ini adalah antara menu kegemaran saya, saya study menu ni pon sebab selalu pegi makan kat Retoran Cosy House kat Great Eastern Mall.

so, disebabkan dah terpikat dgn menu ni, saya study lah sikit dan sesambil tu adalah olahan sedikit mengikut citarasa saya, but the basic is still the same iaitu BUTTER. kalau takda Butter lain lah pulak tajuknya.. ye dak? untuk menjayakannya anda harus menggunakan Butter yeh.. kalau guna minyak cap kapak.. jadilah chicken cap kapak oilly. haha.. ok, tak kelakar pon. ;p but u guys ada option jgk selain butter, iaitu Margerine. tak jauh songsangnya.. cuma kena ingat yg marjerin a bit salty sikit.. tu jer.



Ok guys, here the recipe for today.. well.. before ter forgot. selain ayam, boleh dan sesuai kiranya kalau nak pakai resepi ni untuk Udang sebab adi tak makan udang, Elergik. so adi gunakan ayam. then kalau Butter Prawn lagi cantik kalau ada Floss yang macam resepi udang Azam Rasid sebelum ni. ok Guys?, Take note yeh.. When im talking, u listen.. hahaha..


BUTTER CHICKEN RECIPE

- Chicken Breast ( Dice )
- Corn flour untuk menggoreng ayam and a pinch of salt
- Bawang putih ( saya guna dalam 5 ulas ) i likeee... garlic
- Bawang Merah ( 2 biji gitu )
- Daun kari ( saya guna dalam 4 tangkai diraut ambik daun sahaja)
- Fresh Milk
- Halia ( dalam 1 inch)
- Cili padi ( dipotong ) dalam 7 biji
- Parmesan Cheese ( optional ) takda pon takpa, jgn sedih klu takda.
-  And of coz the main ingredient is BUTTER. or Margerine

CARA CARA PENYEDIAAN.

Step 01 - Ayam yang dipotong kecil tadi di lumur dengan tepung jagung dan sedikit garam, dan digoreng menggunakan teknik Deep Fry. Dah cantik golden brown Toskan dan ketepikan. kita guna nanti.

Step 02 - Here the sauce butter pulak. using the frying pan, masukkan olive oil sedikit je and cairkan butter, saya pakai butter yang banyak dalah almost half bar (standard size butter) tu.

Step 03 - Bila dah cair butter Masukkan bawang putih / Halia / Onion yang kita cincang tadi.. tumis dulu, dah naik baunya masukkan pula daun kari. Kemudian dimasukkan susu dalam secawan. Fresh Milk. kalau nak pakai susu sejat pon boleh sebenarnya.. tapi guna yg cair, yang pekat tu utk buat teh tarik boleh lah kaknon kaknon dan diknonss sekelian.. ;-)

Step 04 - Seasoningkan sos anda dengan garam / gula dan lada hitam sedikit / or maybe a bit MSG.

Step 05 - Masukkan Parmean Cheese sedikit untuk memekatkan kuah, alaa kalau takda pakai Chek Dah pon bole.. tujuannya nak pekatkan kuah nya jer.. or kalau takda pon, masukkan sesudu tepung jagung. conform pekat. and last masukkan Ayam berserta cili potong.

Step 06 - DONE and boleh lah dinikmati bersama keluarga tercinta. My son suka makan ni, kalau buat untuk my son, saya tak bubuh cili padi. pedas. Tak jawa betol lidah beliau. hahaha.. its oke.




Sehingga itu.. have fun with your weekend.. jom malam ni masak butter chicken sambil tengok final Maharaja Lawak Mega FINAL kat ASTRO. Kita Undi JOZAN. kepada sesiapa yang nak bertanya, silalah komen di button komen dibawah ni, insyaalah pertanyaaan anda akan terjawab. And Thanks guys yang mana dah jadi follower blog ni. Support anda amatlah kami perlukan untuk menjayakan misi mengada ngada kami ni.. ;-)

cheerrrss!!!




ADINANG



13 January 2013

Ayam Singkong & Keju

Ayam Singkong & Keju
By:- Ishaq ali

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera hendaknya..
hurm seumur hidup aku ni la 1st time aku masak sebegini rupa..saje je nak test try cuba masakan macamni..mudah sangat rupanya..nama resepi ni da macam lagu indo oldskool la plak..takde kena mengena ok..! kalo korang nak tau singkong tu apa pegi la baca entry ni sampai abes..tanak tau takpe okbai..!ahahahaha..

dah berapa kali aku punya entry pun dah tak ingat plak..ah lantak la..kawan-kawan tolong kirakan ok..janji sampai turn aku setel sudah..yeah! korang yg lain jangan lupa plak follow belog ni..kat tepi tu dah ada link tinggal klik je..tak susah mana pun..(nak paksa korang follow..tak kira..)



 ini rupa ayam diperap 


 singkong


 keju cekdah je


minyak zaitun & butter


ni la rupanya bila dah siap


ok..dah tengok gambar kan..jom masak plak..

Bahan-bahan:- (untuk perap ayam dalam 1/2 jam)
- ayam 4 potong (bahagian dada ye..tanak tulang dan di penyekkan)
- bawang putih 2 ketol (di cincang halussss)
- black pepper (ditumbuk fresh punya)
- sedikit minyak zaitun....

Bahan-bahan:- (untuk disumbat dalam ayam)
- singkong rebus seketul (ubi rebus je sebenarnya...kuikuikui)
- sedikit keju (tak kesah keju apa)
- butter
- minyak zaiton
Bahan-bahan:- (untuk salad)
- daun salad
- tomato ceri
- minyak zaitun
freshly ground black pepper
- dan sedikit garam
- sedikit perahan lemon (aku lupa beli lemon tapi aku pakai limau kasturi..ok gak rasanya sbb cuma 
   perlukan sedikit asid tu untuk mengimbangi rasa)

Cara nak masak:-
- ayam yg dah siap kena perap tu keluarkan..letak ubi rebus tu dan keju..
- pastu korang gulung ayam tu cucuk dgn lidi cungkil gigi yg belom di pakai 
  supaya isi dalam ayam tu tak terkeluar..
- masukkan sedikit butter untuk mengoreng ayam tadi
- masak sampai ayam tu masak la...
- tang salad plak masukkan semua bahan tadi tu dan gaulkan sampai sebati

- sesudah ayam tu masak jangan dibuang baki sisa-sisa minyak tu untuk dibuat sedikit sos atau gravy
- hidupkan api dapur tu balik masukkan sedikit minya zaiton dan butter
- letak freshly ground black pepper dan sedikit garam..

ok dah siap..masa nak hidangkan tu jangan lupa buang lidi cungkil gigi tu plak..kang ada yang tercekik bendalah tu...cara nak hidangkan tu terpulanglah pada korang camna..

amacam senang tak?kalau aku yang tak penah buat pun boleh..apa lagi korang..kan..
dah tau apa makna singkong tu?ok ada keje nak buat ni..okbai...!


gambar tak edit tu..ori dari kamera tak sempat buat apa
sebab arini ada job plak..