Showing posts with label skills. Show all posts
Showing posts with label skills. Show all posts

13 January 2013

Ayam Singkong & Keju

Ayam Singkong & Keju
By:- Ishaq ali

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera hendaknya..
hurm seumur hidup aku ni la 1st time aku masak sebegini rupa..saje je nak test try cuba masakan macamni..mudah sangat rupanya..nama resepi ni da macam lagu indo oldskool la plak..takde kena mengena ok..! kalo korang nak tau singkong tu apa pegi la baca entry ni sampai abes..tanak tau takpe okbai..!ahahahaha..

dah berapa kali aku punya entry pun dah tak ingat plak..ah lantak la..kawan-kawan tolong kirakan ok..janji sampai turn aku setel sudah..yeah! korang yg lain jangan lupa plak follow belog ni..kat tepi tu dah ada link tinggal klik je..tak susah mana pun..(nak paksa korang follow..tak kira..)



 ini rupa ayam diperap 


 singkong


 keju cekdah je


minyak zaitun & butter


ni la rupanya bila dah siap


ok..dah tengok gambar kan..jom masak plak..

Bahan-bahan:- (untuk perap ayam dalam 1/2 jam)
- ayam 4 potong (bahagian dada ye..tanak tulang dan di penyekkan)
- bawang putih 2 ketol (di cincang halussss)
- black pepper (ditumbuk fresh punya)
- sedikit minyak zaitun....

Bahan-bahan:- (untuk disumbat dalam ayam)
- singkong rebus seketul (ubi rebus je sebenarnya...kuikuikui)
- sedikit keju (tak kesah keju apa)
- butter
- minyak zaiton
Bahan-bahan:- (untuk salad)
- daun salad
- tomato ceri
- minyak zaitun
freshly ground black pepper
- dan sedikit garam
- sedikit perahan lemon (aku lupa beli lemon tapi aku pakai limau kasturi..ok gak rasanya sbb cuma 
   perlukan sedikit asid tu untuk mengimbangi rasa)

Cara nak masak:-
- ayam yg dah siap kena perap tu keluarkan..letak ubi rebus tu dan keju..
- pastu korang gulung ayam tu cucuk dgn lidi cungkil gigi yg belom di pakai 
  supaya isi dalam ayam tu tak terkeluar..
- masukkan sedikit butter untuk mengoreng ayam tadi
- masak sampai ayam tu masak la...
- tang salad plak masukkan semua bahan tadi tu dan gaulkan sampai sebati

- sesudah ayam tu masak jangan dibuang baki sisa-sisa minyak tu untuk dibuat sedikit sos atau gravy
- hidupkan api dapur tu balik masukkan sedikit minya zaiton dan butter
- letak freshly ground black pepper dan sedikit garam..

ok dah siap..masa nak hidangkan tu jangan lupa buang lidi cungkil gigi tu plak..kang ada yang tercekik bendalah tu...cara nak hidangkan tu terpulanglah pada korang camna..

amacam senang tak?kalau aku yang tak penah buat pun boleh..apa lagi korang..kan..
dah tau apa makna singkong tu?ok ada keje nak buat ni..okbai...!


gambar tak edit tu..ori dari kamera tak sempat buat apa
sebab arini ada job plak..






10 January 2013

Siakap Steam Limau Maya Karin

Siakap Steam limau  Maya Karin
by : Adi Nang


Hai Semua... Turn saya kedapur pula kali ni. Resepi kali ni saya bawakan Maya Karin untuk kedapur rumah saya. Ye saya tidak berseorangan kali ni di dapur, ditemani Maya Karin sambil memasak siakap Steam Limau. haha.. jangan jelous uolss.. woot woott..

Ok lah. Resepi ni adalah resepi kegemaran Adi sendiri dan juga Cik Maya Karin ;-) huhuhu... Belajar daripada Mek Siam dari Thailand, ibu saudara kepada Ong Bak. Memang Ummphhh Habis lah. tak caya? silalah cuba. Bahan bahan pon mudah jer untuk disediakan. cumanya kenalah rajin men Chop chop bahan bahan.


OK, disebabkan tempat mengukus yang Available dirumah cuma ada size yang comel jer.. so adi telah buang tulang tengah ikan siakap tu. boleh refer kat youtube mcm mana nak buang tulang tengah ikan tu. jimat sikit space. And... thank you Maya sebab siangkan i punya ikan.. hehehe.. jgn marah ehh uollss.. Love you Maya. haha.. gelak gedik sikit.

Resepi ni lagi sedap kalu kita tambahkan Jeruk bawang putih. see see?? yang tulis Thailand tu mcm sawadikap sawadikap tu.. tapi kalau takda, jgn lah susah hati, boleh ditukar kepada asamboi putih.. pon sedap. ok.. 

Maya jgk yang belikan tu.. Tq dear. ;p ( tangan kat bahu, mata pandang atas)


setelah mencincang dan mengadun bahan bahan tadi.. boleh lah memulakan proses Mengukus ikan tersebut. Yesss mudah kan? chop chop chop.. mix mix mix and kukus. 15 min siap. Siapa kata masak susah? nak tak nak jer. rugi kalau tak tau memasak sebab memasak ni adalah seni. tak gitu maya? kan? Orang yang tak reti masak, tempatnya adalah di kedai mamak. go awayyy.. dont touch me, i hatch yuuu.. hahaha.. ( lakonan semata mata bersama maya di dapur).


then After 15 min kukus ikan tu.. siap lah dia dan ready untuk di Serve. Mudah bukan? So Lunch hari ni makan siakap steam bersama nasi putih and ofcoz bersama Maya Karin. siap tambah nasik lagi Maya kan? heheeh.. ( tangan kat bahu mata pandang atas) sekali lagi..

puiii.. in your dream Adi.. in your Dream.. hahaha..


OK, Lets go to the Recipe.

Bahan Bahan di cincang

- Bawang Putih ( saya habiskan selabu ) <- betol ke?
- Jeruk bawang putih + Jus dia sikit 
- Halia
- Serai sebatang
- Sedikit daun bawang + daun ketumbar
- cili padi ( 10 biji ) cincang


selepas semua selesai dicincang.. masukkan dalam Al- Mangku kuk Wal hayyun, then campurkan dengan :


- Sos Ikan ( 4 sudu besar)
- Jus limau ( 2 biji limau )
- jus asamboi putih ( direndam dulu asamboi then ambik jus nya)
- Sedikit Air
- gula / garam sedikit.


Dah selesai part tersebut, so ambik ikan letak dalam tempat mengukus, dan siram Adunan tadi diatas ikan tersebut. Tutup pengukus dan kukus dalam 15- 20 min ( ikot saiz ikan ) 

kalau besar macam Azam Rasid kenalah lama sikit, tapi kalau setakat besar Ishak Ali, dalam 5 min dah masak dah. hahaha..


Begitulah ceritanya, time memasak dibantu oleh Cik Maya Karin (tangan dibahu mata pandang atas) lah sangatt... So cik maya Karin yang real punya.. kalau nak makan ikan siakap steam limau, meh ler sini, saya masak kan special untuk awak yeh. hehe..


p/s : ok serious aku nak gelak ni... hokeyy, silalah cuba yeh resepi kali ni 

" SIAKAP STEAM LIMAU MAYA KARIN"




ADINANG

4 January 2013

KNIFE SKILLS




 Morning semua .. (iklan kejap)

sebelum nak menunggu resepi untuk hari ini, Adi nak share sikit daripada youtube cara-cara menggunakan pisau dengan betol supaya kita tak tercincang jari jemari sendiri.


 p/s : owhh.. hari ni bukan turn adi kedapur yeh.. giliran Subhi Karim akan kedapur. tengok lah nanti resepi apa yang akan dia publishkan.. stay tune.. 

 ADINANG