Showing posts with label fariz muhazir. Show all posts
Showing posts with label fariz muhazir. Show all posts

17 February 2013

Baby Khailan dan tauhu telur osyter



By : Fariz Muhazir

Resipi harini sayur jer tapi mudah dan senang n sedap makan ngan nasi panas.
Resepi sangat mudah n senang nak masak.

Bahan

Sebiji bawang besar potong nipis
Bawang putih cingcang halus
Osyter sos
Baby khailan
Tauhu telur
Cili padi ( 2-3 biji) nak pedas tambah sendiri

Cara-cara  :

Hiris tauhu telur nipis dan goreng..  Tumis bawang besar bawang putih dan cili kemudain masukan oyster sos dan kemudian masukan garam campak kan khailan pastu masukan tauhu yang di gorang tadi siap..mostly masak sayur ni senang n kalau  tak pedas budak2 suke makan sayur kalau kene ngan masak ..selamat mencuba

16 February 2013

Masak Lomak Daging Salai Sri Menanti

By: Fariz Muhazir
Assalamualaikum, hye hari ni saya post lagi entry masakkan....kali ni saya share masakkan dari nogori sembilan... Selamat mencuba

Bahan-bahannya:

  • Daging lembu (disalai dan dihiris kecil)
  • Cili padi (dikisar halus) - kuantiti ikut kepedasan yg korang nak
  • Serai (ditumbuk)
  • Kentang ( part yang ni boleh diganti dengan bacang/rebung)
  • Kunyit hidup (dikisar halus & pakai sikit je)
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • Santan
  • Asam keping
cara memasak:
untuk masak ni kuali/periuk diperlukan :)
  • Masukkan daging + kentang + cili + kunyit hidup + serai dan masukkan air dan biar sehingga kentang empuk.
  • Bila kentang dah empuk dan air yang kita masukkan tadi tu dah kering, sila masukkan santan dan kacau.
  • Kemudian, masukkan kunyit serbuk untuk dapatkan colour menarik (jangan banyak sangat)
  • Garam jangan lupe masukkan, sesedap rasa
  • Bila dah santan mula mengelegak, tutup api dan SIAP!

p/s: masakkan ni lagi pedas lagi meletop....heeee

15 February 2013

Ayam Pangang Rosmary Meletopss


First time nak upload resepi kat sini, harap dapat sharing kat semua... Resepi ni sangat simple dan tak perlu nak tunggu kat dapur... Sambil masak boleh tengok tv...

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam (buang kepala, kaki, isi perut & bulu ayam..... Hehe)
  • Bawang besar 4 biji (satu biji belah empat)
  • kentang cath (boleh dapat kat tesco)
  • Rosmary Herb (3 sudu besar)
  • Serbuk lada hitam
  • Olive oil
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Mix Herb (boleh dapat kat tesco)
  • Garam
Cara Memerap Ayam
  • Ambik ayam cuci dan bersihkan ayam
  • Ambil olive oil, lumurkan pada badan ayam
  • Kemudian ambik bawang putih yang ditumbuk, sapu di badan ayam dan dalam ayam sekali
  • Taburkan 3 sudu rosmary herb, 2 sudu mix herb dan lada hitam 2 sudu besar
  • Sebatikan bahan-bahan tadi
  • Letak sedikit garam
  • Masukkan bawang besar dalam perut ayam
  • Ikat ayam (sila youtube....)
  • Perap ayam selama 1jam
Cara Masak Ayam

Cara memasak ni boleh guna 2 cara sama ada guna oven @ microwave...macam saya ade microwave..senang kata guna je ape yang ada.
  • Keluarkan ayam yang dah perap tadi dalam kuali microwave
  • Letak kentang dibahagian tepi ayam
  • Masuk ayam dalam microwave
  • Setting to medium high (ikut yg sy punye microwave)
  • Masak ayam selama 30minit
  • Kemudian keluarkan ayam selepas 30minit dan keluarkan minyak yang ada + terbalikkan ayam
  • Masak selama 30minit lagi (selepas tu ulang cara di atas)
  • Masak 20minit lagi ayam tu
  • Ayam ready :)
Selamat mencuba...